Ilmu-ilmu yang dihukumkan mempelajarinya merupakan suatu Fardhu ‘Ain ialah tiga :
Pertama : Ilmu Tauhid yang dinamakan ilmu Usuluddin, juga dinamakan ilmu ‘Aqidah.
Kedua : Ilmu Syari’at yang dinamakan ilmu Furu’, juga dinamakan ilmu Feqah.
Ketiga : Ilmu Batin yang dinamakan ilmu Suluk dan ilmu Thariqat, juga dinamakan ilmu Tasawuf.Semua termasuk di dalam Hadis s.a.w:
Ertinya :
Anggaran ilmu Tauhid yang dihukumkan mempelajarinya itu Fardhu ‘Ain ialah mengetahui Zat Allah Ta’ala,semua sifatNya yang salbiah dan yang tsubiyah dan semua perbuatanNya, begitu juga mengenal penghulu kita Nabi s.a.w.,mengetahui mengenai semua Rasul alaihimus-shalatu-wassalam dan ajaran-ajaran yang mereka sampaikan, dan beriman dengan semua itu seperti mana yang akan diperkatakan di dalam ilmu Tauhid atau ilmu Usuluddin atau ilmu ‘Aqaid di dalam buku ini insya Allah.
Setakat ini memadailah mempelajari ilmu Tauhid yang terdapat di dalam buku ini dan di dalam Ihya’ Ulumiddin sebagai Fardhu ‘Ain.Sementara melakukan lebih daripada itu seperti menghuraikan dalil-dalil dan menolak perkara-perkara syubhat yang dikemukakan oleh sesetngah pihak, ianya adalah Fardhu Kifayah bukan Fardhu ‘Ain dan orang yang suluk mengikut jalan Akhirat tidak disuruh memperbanyak pengajian terhadap ilmu Usuluddin yang dihukum mempelajari sebagai Fardhu Kifayah.Ia hanya diminta mengetahui mana yang dihukumkan Fardhu ‘Ain sahaja.Kerana inilah Asy-Syeikh Al-`Arif-‘Arif Billah Syeikh Qasim Al-Halabi berkata di dalam bukunya berjudul “Sairus-Suluk”: Dan tidak patut seseorang suluk mengikuti jalan Akhirat itu, menyelami ilmu ‘Aqaid iaitu ilmu Usuluddin kerana tiada sebarang faedah baginya dengan penyelaman itu, sebaliknya ia hendaklah mengambil sekadar yang diperlukan sahaja iaitu sekadar yang dihukumkan mempelajarinya sebagai Fardhu ‘Ain.”
Anggaran ilmu Feqah yang dihukumkan mempelajarinya itu Fardhu ‘Ain ialah berhubung dengan thahharah, fardhu shalat dan puasa,mengeluarkan zakat apabila cukup nisab dan menunaikan fardhu haji apabila berkemampuan,begitu juga mengetahui perkara-perkara yang membatalkan shalat,puasa,zakat, dan haji.
Mempelajari ilmu Feqah lebih daripada yang telah disebutkan itu adalah Fardhu Kifayah, dan orang yang suluk tidak diminta mempelajari ilmu Feqah yang Fardhu Kifayah itu.Kerana inilah Imam Ghazali Rahimatullah Ta’ala ketika memperkatakan mengenai guru yang mengajarkan ilmu dan murid yang menuntut ilmu, di dalam bukunya Bidayatul-Hidayat telah menyebut: “Dan guru hendaklah menahan murid daripada terlibat mempelajari ilmu yang Fardhu Kifayah sebelum selesai daripada mempelajari ilmu Fardhu ‘Ain (yang tiga itu iaitu ilmu Tauhid, ilmu Syari’at dan ilmu Batin).”
Wednesday, October 25, 2006
Keterangan mengenai ilmu-ilmu yang dihukumkan mempelajarinya merupakan Fardhu ‘Ain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 Comments:
Anggaran ilmu Batin iaitu ilmu Tasawuf yang dihukumkan mempelajarinya itu Fardhu ‘Ain ialah aspek membersihkan hati daripada sifat-sifat yang keji dan tercela seperti ‘ujub,riya’,takbur dan lain-lainnya yang akan diperkatakan di dalam buku ini kelak,insya Allah, dalam keterangan mengenai sifat-sifat Muhlikat iaitu sifat-sifat yang membinasakan manusia.Begitu juga dihukumkan Fardhu ‘Ain amalan menghiasi diri dengan sifat-sifat yang terpuji seperti zuhud,wara’,ikhlas,tawadhuk,sabar,syukur dan lain-lainnya seperti akan diperkatakan kelak di dalam buku ini, insya Allah di dalam keterangan mengenai sifat-sifat Munjiyat iaitu sifat-sifat yang menyelamatkan manusia daripada siksaan api neraka.
Di dalam ilmu Tasawuf, maka yang dihukumkan Fardhu ‘Ain mempelajarinya ialah mana yang terdapat di dalam buku ini dan di dalam Minhajul-Abidin seperti mana yang telah disebut oleh Al-‘Arif Billah Ta’ala Muhyin-Nufus As-Saiyid Abdul Kadir Al-Aidarus di Muhimmi Min Ilmid-din dengan katanya: “Untuk mendapatkan anggaran ilmu Tasawuf yang dihukumkan Fardhu ‘Ain mempelajari ini, maka memadailah diamalkan mana yang terdapat di dalam kitab Minhajul-‘Abidin susunan Imam Ghazali Rahimahullah Ta’ala, dan perincian ilmu ini yang lebih daripada yang terdapat di dalam kitab Minhajul-‘Abidin bukan dihukumkan Fardhu ‘Ain mempelajarinya ini,(sebaliknya fardhu Kifayah sahaja).” Tetapi sesiapa yang ingin mendapatkan kemenangan di Akhirat,ia hendaklah membanyakkan mempelajari aspek-aspek yang dihukumkan Fardhu Kifayah di dalam ilmu Tasawuf bukan di dalam ilmu-ilmu selainnya.
Inilah disebutkan oleh Ibnu ‘Abbad r.a di dalam Syarah Hikam dengan katanya: “Inilah ilmu-ilmu itu iaitu ilmu Tasawuf yang sepatutnya seseorang manusia itu menghabiskan usianya yang panjang di dalam mempelajarinya tanpa puas hati memperolehinya dengan banyak atau sedikit, dan selain daripada ilmu Tasawuf ia mungkin tidak memerlukannya, dan mungkin pula menuntut ilmu selain ilmuTasawuf secara berterusan itu membahayakan tuannya.
Kerana inilah Syeikh Hussain bin Abdulullah Bafadhel di dalam bukunya berjudul Fushulul-Fathiyah berkata: “Anda ambillah ilmu Tasawuf dan berkecimpung di dalam ilmu-ilmu golongan ‘Arifin sufi bermasyghul dengan Allah dengan membacakannya kepada orang lain, dengan membaca,mempelajarinya,menelaah dan muzakarah karya-karya mereka, kerana ianya boleh menghidupkan hati, mematikan hawa nafsu dan memperlihatkan keaiban-keaiban yang menyebabkan hijab dan kejauhan dari Allah dan sebagainya
Ilmu-ilmu selain ilmu Tasawuf kebanyakkannya mengeraskan hati,memperelokkan perkara-perkara yang aib,menghijabkan perkara-perkara yang ghaib dan dibimbangi orang yang terlibat dengannya mati di dalam su’ul-khatimah kerana mereka mengagungkan diri sendiri dan terpesona atau ‘ujub dengan amalan-amalan mereka melainkan mereka turut serta menelaah ilmu-ilmu kaum sufi yang mungkin menyebabkan mereka terlindung daripada nasib yang malang itu.Tetapi dengan mencuaikan ilmu golongan sufi, maka kesejahteraan amat sukar diperolehi.”
Kerana inilah Imam Ghazali Rahimahullahu Ta’ala di dalam Ihya’ Ulumiddin telah menukil kata-kata daripada sesetengah ulama ‘Arifin:
Ertinya: “Barangsiapa yang tidak mempunyai sesuatu bahagian dari ilmu Ahli Sufi, ia dibimbangi ditimpa su’ul-khatimah, dan bahagian paling kurang dari ilmu tersebut ialah membenarkan dan menerima baik ahli ilmu itu.”
Penghulu golongan Sufi iaitu Aljunaid Al-Baghdadi Rahimahullahu Ta’ala telah berkata:
Ertinya: “Sikap membenarkan ilmu kami iaitu ilmu Tasawuf ialah suatu kewalian yang kecil.”
Abu Yazid Al-Bisthami Rahimahullahu Ta’ala berkata:
Ertinya: “Apabila anda melihat seseorang itu bersangkaan baik terhadap percakapan ahli Tariqat ini, maka katakanlah kepadanya supaya mendoakan baik untuk anda,sesungguhnya ia dimustajabkan doanya.”
Ruwaim Rahimahullahu Ta’ala pula berkata :
Ertinya: “Barangsiapa mempercayai kata-kata kami ini walaupun dari tujuh puluh hijab sekalipun,ia ia adalah dari kalangannya.”
Iaitu sesiapa yang mempercayai kata-kata ahli Sufi dan menghayatinya walaupun belum tiba ke tahap memahaminya namun ia dianggapkan termasuk di dalam golongan ahli Sufi, wa Billahit-Taufiq wal-hidayah, wala-haula wala-quwwata illa Billahil-‘Aliiyil-‘Azim.
Sumber dari kitab Siyarus Salikin (Fasal Keempat) oleh Syeikh Abdus Samad Al-Jawi Al-Palembani terjemahan dari kitab Mukhtashar Ihya’ Ulumiddin.
bila tiada ilmu, itu yang temakan kata ayah pin ... kalau dah macam ayah pin memanglah sesat... pasai apa sesat?? sebab dia ngaku dia TUHAN... mana TUHAN minum kopi... dah tue takyah solat... zina sana sini... isk isk isk... macam tue guru yang murshid ker?? Apapun kena berilmu, tak naklah besok bila terlalu tinggi takyah solat...pakai niat jer... sah dah sesat.. pasal Nabi s.a.w. pun solat... naik bengkak kaki baginda... awat hang tak solat... macam nak bawa kereta mesti kena ada ilmu bawak kereta... kalau takde ilmu dan tak tahu nak bawak kereta, baik jgn bawak... nanti masuk gaung... kan susah...
dan saya sarankan pada I7 untuk baca kitab " Prinsip-Prinsip Tasawwuf " oleh Sheikh Abdul Hafiz Faraghli Ali Al-Qarani iaitu wakil Amanah Am Lajnah Tertinggi Dakwah Islamiah Universiti Al-Azhar ,Mesir.Kitab nie juga Tuan Guru Mufti ada mengajar.Insya Allah bila tuan baca kitab tue, tahulah nanti ciri² guru yang mursyid...
Sesungguhnya ibadah itu berlandaskan pada tiga rangkai yaitu:
hubb (cinta), khauf (takut) dan raja (harapan).
Rasa cinta harus diringi dengan sikap rasa rendah diri, sedangkan khauf harus diiringi dengan raja'.
Dalam setiap ibadah ha-rus terkumpul unsur-unsur ini. Allah Subhannahu wa Taala berfirman tentang sifat hamba-hambaNya yang mukmin:
Dia mencintai mereka dan mereka mencintaiNya.(Al-Ma'idah: 54)
Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah.
(Al-Baqarah: 165)
Berkata Syeikh Amin Al Kurdi dalam kitab Dhiya’ul Iman fi Thariqah Ar Rahman pada membicarakan kepentingan salsilah iaitu:
Adalah sangat wajar bagi para murid di jalan Allah itu untuk mengetahui salasilah para syeikh mereka itu hingga sampai kepada nabi Muhammad s.a.w. Bila kedudukan syeikh mereka jelas dan benar ada persambungan salasilah hingga kepada nabi s.a.w. maka jika para murid itu mahu mendapatkan pertolongan limpahan ruhaniah dari syeikh mereka itu mereka akan berhasil apa yang dimaksudkan . Orang yang salasilahnya tidak bersambung hingga kepada nabi s.a.w. maka orang itu adalah terputus dari limpahan ruhaniah tersebut. Oleh itu orang itu bukanlah menjadi waris bagi Rasulullah s.a.w. dan TIDAK boleh di ambil bai’ah dan ijazah daripadanya.
Post a Comment