Wednesday, October 25, 2006

Guide line salasilah/sanat dlm bertariqah


Ahli-ahli silsilah, merekalah yang berdiri dengan perintah Allah, ahli silsilah yang disokong (diizin) daripada pihak Allah dan Rasul-Nya.. Mereka adalah bersambungan / rantaian yang menyampaikan kepada hadrat Rasulullah S.A.W, Baginda merupakan pintu yang tidak diterima melainkan daripadanya ]

Imam Bukhari meriwayatkan dengan sanad beliau daripada Saidina Muawiyyah r.a, Sabda Rasulullah S.A.W :

Sentiasalah ada dari kalangan umatku, satu umat yang berdiri dengan perintah Allah. Tidak memudaratkan mereka, orang-orang yang mendustakan mereka dan tidak juga mereka-mereka yang menyalahi umat tersebut sehinggalah datangnya urusan Allah dan mereka tetap teguh dengan demikian itu.


Tasauf tidak boleh dipelajari melalui buku-buku seperti yang dipelajari di sekolah-sekolah. Seseorang insan tidak boleh menjadi seorang sufi hanya dengan semata-mata membaca.

Seseorang insan yang ingin melalui perjalanan tasauf wajiblah ia mengambil tareqah dengan membangsakan diri (mengambil baiah / ijazah) kepada silsilah yang betul.

Ini sebabnya seseorang insan tidak sampai tanpa demikian itu kepada mana mana darjat daripada darjat-darjat di dalam Tasauf sekalipun darjat yang paling rendah dan permulaan.

Setelah itu mulalah si sufi tadi yang telah diberkati dan diizini oleh syeikhnya…mulalah ia bersungguh-sungguh di dalam zikir dan menghadirkan ALLAH pada setiap apa yang ia lakukan dan apa yang ia tinggalkan dan menumpukan hati pada alam yang tinggi…sampailah ia dengan taufiq…dari satu darjat kepada satu darjat sehinggalah kepada setinggi-tinggi darjat.

Umat yang dimaksudkan itu ialah pewaris-pewaris Muhammadi
( Al-Waratsah Al-Muhammadiyyun ), para masyaikh yang mempunyai izin dari Allah dan Rasul-Nya S.A.W.

Mereka adalah ahli mesyuarat, pemutus hukum ( ahli al-hil wal i'qdi ). Mereka adalah khalifah-khalifah Rasulullah S.A.W yang mana akan membaharui urusan agama umat ini dengan mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W :

Sesungguhnya Allah Taala mengutuskan bagi umat ini pada permulaan setiap seratus tahun –mereka yang memperbaharui urusan agama umat ini.

[ Riwayat Imam Abu Daud dan Al-Hakim di dalam Al-Mustadrak
daripada Saidina Abi Hurairah r.a ]

Di dalam satu riwayat yang lain :

…..seorang lelaki yang memperbaharui bagi umat ini urusan agamanya.

Syeikh merupakan rantai yang berhubung dengan rantaian-rantaian yang lain…ia merupakan silsilah ta'yid (yang mendapat izin ) daripada Allah dan Rasul-Nya.

Maka ahli silsilah merupakan rantaian yang menyampaikan kepada Rasulullah S.A.W. baginda adalah pintu – yang Allah tidak menerima seseorang pun melainkan daripada Rasulullah S.A.W ..

Ahli silsilah ialah fuqara-faqir, mereka-mereka yang kaya dengan Allah, mereka-mereka yang merupakan 'faqrah' yang menyampaikan ke Hadrat Rasulullah S.A.W. Mereka adalah aghwath (ghauth)-penolong dan pembantu hamba-hamba Allah.

Sabda Rasulullah S.A.W :

Sesiapa yang sesat di taman lapang (hutan dan sebagainya) hendaklah ia kata : ( wahai hamba-hamba Allah tolonglah daku ). Sesungguhnya bagi Allah itu beberapa orang hamba yang akan menolong dan membantunya.

Di dalam riwayat yang lain disebutkan :

Sesungguhnya bagi Allah itu beberapa orang hamba yang kamu tidak dapat melihatnya."

Sabda Rasulullah S.A.W :

Sesungguhnya bagi Allah itu beberapa hamba yang dikhususkan untuk menunaikan hajat-hajat manusia, Allah memudahkan mereka bagi kebaikan dan memudahkan kebaikan bagi mereka. Mereka itulah orang-orang yang aman dari azab Allah.

Di dalam riwayat yang lain disebutkan :

Sesungguhnya bagi Allah itu beberapa orang hamba yang diciptakan untuk menunaikan hajat-hajat manusia. Manusia menuju kepada mereka untuk menunaikan hajat-hajat mereka. Mereka itulah orang-orang yang aman daripada azab Allah.

[ Riwayat At-Thabarani di dalam Al-Mu'jam Al-Kabir daripada Saidina Abdullah Ibni Umar r.a ]

17 Comments:

naqsabandiah said...

Ada pun salasilah dari Saidina Osman dan S. Umar ..MH tak tak tahu.Spt kiwi kata..tareqta ni banyak dan sahabat adalah laksana bintang2 ,yang mana2 boleh diikut.Semua mereka tak kan tak terima dari Nabi saw,cuma sebaran nya tidak meluas,atau tertutup ,tidak spt S. Abu Bakar dan S. Ali.

naqsabandiah said...

dalam kitab SAYARRUS SALIKIN oleh Sheikh Abdus Samad AlPalembangi,..tak sebut zaman bila...nama sheikh itu Sheikh Said..Pada masa itu....dia diiktiraf setinggi makrifat dikalangan wali2.Bila ditanya apa tareqat tuan,siapa sheikh tuan sehingga begini tinggi makrifat?Sheikh Said mengatakan SAYA TIDAK TAREQAT MANA2,SHEIKH MANA2,TAPI SAYA BACA KITAB IHYA ULUMUDDIN,DAN SAYA AMALKAN DGN. IKHLAS APA YANG DIATURKAN DAN DISARANKAN,SEHINGGA ,SAYA DI PERTENUKAN DGN. RASULLULLAH SAW SECARA YAQAZAH,DITARBIAHKAN DAN MELALUI RASULLULLAH SAW SAYA MENDAPAT MAKRIFATULLAH YANG SEBENAR2 NYA...rujuk kitab SAYYARUS SALIKIN jilid 3.

Itu adalah jalan JAZBAH atau dilipatkan,tapi pada GHALIB nya,adalah memalui SALSILAH TAREQAT.

Spt Sayyid Ahmad Idris dikatakan menerima terus wirid2 nya dari Nabi saw..tapi sebelum itu...Sayyid Ahmad telah berguru dgn. beberapa sheikh tareqat spt Sheikh Abdul Wahabul tazi,tareqat DABBAGHIAH...shekh Hassan Bek ,tareqat Sayazaliah..dan sheikh Abu Qasim alwazir ,tareqat Madaniah dll.ada riwayat kata tareqat Naqshahbandi dan qadariah.

Ada guru,ada tareqat tidak terus dgn. nabi saw..cuma di peringkat akhir kerohanian nya..baru bertemu dgn. Nabi saw dan terima wirid2.

naqsabandiah said...

perkara inimungkin terjadi adalah kerana kurangkemantapan rohani oleh mursyid sekarang(dengan ertikata lain bukan sebenarnyamursyid didalam
sasilah tarikat yang benaratau memang bukan mursyid) mungkin beliaupun tak menyedarinya dari peringkat awal
sasilah tersebut. sebab perkara beginibanyak terjadi didalam arena tarikat.

naqsabandiah said...

dimana bila seseorang mursyid/atau gurumeninggal dunia, ada yang berebut nak jadipengganti sedangkan yang sebenarnya lowprofile tidak mahu perbalahan, kadang2 yangreal ni dari segi zahir memang nampak camorg biasa dari segi syariat, dan penampilan

cnth dia ni si penyampu sampah
jer..(perlantikan tampa persaksian muridyang lain di antara dia dan mursyid sahaja)tapi yang beriyer iyer nak jadi ni/atau mengaku dilantik jadi mursyid tmp peng
iktirafan mursyid sebelumnya

cnth nye
dia pakar b.arab balik dari timur tengah adadigr,master,phd. apa lagi murid yang lainyang confuse ikut yg kemas zahirnya sahajala.lepas dia jadi mursyid maka dia pun
istiharkan yang dia bersalasilah atauberijazah terus dari rasullulah s.a.w(sedangkan dia kena tipu. setan pun bolehmengaku tapi dia tak leh menyerupa kdg2 disyok sendiri/ atau pun dia memang penipu)gila nak jadi mursyid.

naqsabandiah said...

Seorang yang mengaku mursyid dengan (diapernah mengikuti berjalanan tarikat tapi takdpt ijazah sbg guru sendiri buat pandai)ber
salasilahkan rantaian yang nampak
real(dipalsukan) (ini lagi confuse),zahirnya memang kemas, dengan sembayang sunatnya,tahjudnya,waraknya, zikirnya 24 jamtak putus tapi pro tang dunia,

cnthnya
mengalakan muridnya pakai
syeikh/khadambersyarat alasanya untuk pedinding/perubatanleh bukak klinik kdg2 tarik duit pun boleh gak dia kata jinislam.

naqsabandiah said...

Seorang yang mengaku mursyid tampa
berguru/tidak pernah berguru dan mengaku tiba2 dpt ilham atau mimpi jumpa rasullulah atau sheikh kadir jalani ka, jibrail ka(tampa merujuk kepada mana mana guru mursyid untuk rujukan) kemudian memimpin perjalanan tariqat pakai nama yg biasa didengar atau yang top ka atau sendiri membuat pen jenamaan.kdg2 yang ni pun kita tenggok zahirnya ibadat mantap.Buat atau cakap je apa pun
boleh jadi cam keramah lah pada hal khadam.nasihatnya kepada murid2 pun Class A

cnth
sentiasalah sem bahyang, tahjud, zikir, sentiasa buat baik jgn langar syariat dll. kalah orangyang dah bertarikat 10 tahun.

naqsabandiah said...

kalau kita nak kaji tentu pening di buatnya tetapi pperlu seseorang ada silsilah sebagai penerus berguru tariqat yang tidak bersambung salasilahnya dengan ulama-ulama asalnya sehingga bersambung dengan Rasulullah s.a.w. maka terputus wasilah dalam menyampaikan matlamat.

Sebab tu bukan mudah untuk kita berguru dengan seseorang kecuali telah di buktikan bahawa guru yang kita anggap sebagai guru itu memiliki sanad salasilah tariqat yang mutashil(bersambung)kepada Rasulullah s.a.w.

pada pandangan pakcik segala silsilah perlu di sahkan oleh guru kepada guru kepada guru kepada tabiin kepada sahabat r.anhum kepada rasululla.s=Secara tepatnya mesti secara bertulis.Ini amat penting dlm torekat.Dlm memberi izin utk sebarkan torekat tu.

naqsabandiah said...

mungkin org kan bertanya penting sgtkah silsilah ni ? khususnya dlm torekat ?

jawabnya : YA !

Bahkan kalau bukan dlm toreqat juga perlu kpd silsilah yg bersambung wayar ke ibu cawangnya.

sebab apa penting ?

Jawabnya :Memang penting sebab itu merupakan satu limpahan keberkatan.Abih kalau tak ada silsislah tu tak berkat lah ye ?

bukan begitu jawabnya.Keberkatan disini adalah limpahan ruhani.Nama pun jalan kerohanian jadi bukan boleh di buat main-main benda ni.sebab dia sgt halus dan tertib.silap haribulan mcm saudara infinity kata tu pakleh yang amik alih.Sebab di alam kerohanian banyak tipu dayanya.Boleh menyamar jadi wali yg agung.dan sebagainya.Maka kalau tak dak silsilah yg muktabar di kuatiri takkan ada jazbah fillah dlm istilah ahli sufi @ torekat.

naqsabandiah said...

Jika kita lihat sanad thoriqat, bukan wirid yang berhubung. Sebab yang berhubungan itu Guru.

Ghalibnya wirid thoriqat ni merupakan hizb kepada Guru Yang disandarkan. Ghalibnya si guru tadi menerima daripada rasulullah s.a.w samada dalam tidur mahupun jaga. Oleh kerana Guru itu muktabar, maka hizb atau aurad itu menjadi muktabar, maka dimasukkan kedalam thobaqat sufiah....

Jadi yang muktabar itu adalah hizb ataupun aurad, ataupun susunan ratib thoriqat. Bukanlah toriqat ini bermaksud setiap guru2 telah berwirid dengan wirid yang sama sehingga kepada rasulullah s.a.w. jika sedemikian tiada gunanya dipernamakan dengan nama naqsyabandi, syatari, ahmadi dan syazili..baik namakan sahaja thoriqat Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali...atau orang2 kemudian daripada sahabat yang masih zaman sahabat. atau zaman tabiin...

Bermakna sanad yang diunjurkan bukanlah sanad thoriqat, tetapi sanad guru2 thoriqat. Sedangkan sanad thoriqat yang asal ialah Daripada Syeikh Thoriqat, terus kepada Rasulullah s.a.w.

Sanad yang as sah hanyalah sanad addin, sebab tulah agama ini tidak dipernamakan atas nama sesiapapun. Misalnya tidak dipernamakan dengan agama Islam Qadiriah, Islam Naqsyabandiah atau lain2. Sebab itulah jika kita menggakkan kemantapan baiah addin secara khusus, manakala amalan thoriqat sebagai rahasia amalan khususul khusus, maka tidak timbullah bilangan thoriqat, sebab thoriqat menjurus kepada rahasia beramal, manakala agama pula adalah rahasia mendapatkan rahasia beramal. Atau rahasia mendapatkan thoriqat, namun sekarang thoriqat sudah menjadi tidak rahasia lagi, sebab tulah ismul a'dzom yang diamalkan ulama'2 muktabar (thoriqat), sudah menjadi tawar kepada orang kemudian, kerana yang khusus telah menjadi umum

naqsabandiah said...

memang seorang murshid boleh sanad terus dari rasullulah s.a.w dari segi rohani (biasanya yang nie mursyid payah nak bagi tahu hatta muridnya ianya rahsia ini baru rahsia) dan mereka juga saling mengenal dan leh berhubung antara murshid tareqat yang lain secara rohani walaupun tak pernah berjumpa secara zahir, tapi dari segi zahir, pasti dia akan menzahirkan sanat melalui guru terdahulu,tabiin-tabiin,tabiin, salah seorang dari 4 sahabat hingga rasullulah

Tapi apa -apa pun mohon petunjuk kepada yang empunya jalan dan tujuan yang sebenarnya antara kaca dan permata.

naqsabandiah said...

cuma yg berbezanya sesuatu torekat tu adalah atas pendiri org yg mengasaskan nam torekat tu seperti kata sudara MJ, pakcik paham apa yg saudara MJ maksudkan tu.

kalau putus wasil rohani dia maka putuslah apa yang di panggil rabitah mursyid(pertalian mursyid).

Jika tak ada baginya rabitah mursyid maka tiada terpelihara perjalanannya itu daripada tercedera terhadap gangguan musuh-musuh batin mcm pakleh , syaitan jin dan segala perkara yang membahayakan perjalanan rohaninya khususnya dalam meniti perjalanan di alam malakut.

Sebab tu kita dengar bahaya-bahaya penipuan di alam ruhani yang sering kita dengar seperti membesarkan diri mengakui diri sudah capai ke mertabat wali,mertabat sultanul auliya, sudah dapat tahap yang tinggi dan suka menggelar diri , taa’sub , sudah pandai menilik dan di katanya sudah dapat kasyaf , pandai mengubat kerana sudah disangkanya dapat maunah dan akhirnya melalutlah kepada gila dan sebagainya.

Sedangkan rukun bagi seseorang mursyid atau khalifah itu ialah sangat merendahkan diri (tawadhu’) mcmana pulak dia nak mengaku diri dia lebih atau macam-macam lagi.

Sebagai bukti atau hujjah yang sah bahawa seseorang itu mendapat izin dari syeikhnya yang terdahulu bagi menyebarkan ajaran tariqatnya itu kerana sanad salsilah yang mahsyur dan mutashil dengan Rasulullah s.a.w. itu sgt berwibawa tanpa dapat di pertikaikan lagi dari sudut keizinan dan kelayakannya dalam memimpin murid.Dan inilah adab yang amat penting dalam tariqat.

naqsabandiah said...

Salasilah juga adalah suatu mengesahkan yang menyatakan bahawa takdak berubah dah atau nak pinda-pinda sesuka hati atau hanya ciplak atau tiru-tiru pembawakan torekat yg dok ada.

padahai ilmu yg dlm torekat itu biasanyalah salasilah ini di lengkapkan atau di sertakan bersama dgn amalan,adab-adab dgn atau kaifiat-kaifiat maqam-maqam zikir yg di tulis bersama dari turun temurun supaya tidak berlaku sebarang penyelewengan atau di ciplak dari mana-mana ajaran yang bertentangan dengan yg asli.

Inilah yg kita nak sehingga sampai akhirnya takkan putus

naqsabandiah said...

Kata Syeikh Amin Kurdi dalam kitabnya Diyaul Iman :

Ketahuilah bahawa seorang murid di jalan Allah yang mahu bertaubat dan menghilangkan sifat kelalaiannya wajiblah ia mencari seorang syeikh yang ada di zamannya.

Iaitu seorang yang sempurna suluknya (perjalanannya) syariat dan haqiqat mengikut Al Quran dan Al Hadis juga sentiasa berpandukan para Ulama hingga sampai ke maqam ar-rijalul kamal.

Syeikh itu telah sampai kepada keredhaan Allah dan suluknya juga adalah di bawah pimpinan seorang mursyid yang mempunyai persambungan salasilah hingga ke nabi s.a.w. Ia juga mestilah telah mendapat izin dari syeikhnya untuk menyampaikan ajarannya kepada orang lain.

naqsabandiah said...

kata amin kurdi lagi :

Tidaklah boleh seseorang itu membuat baiah dan memimpin para murid kecuali setelah ia mendapat tarbiyah dan ke izinan mursyidnya seperti yang di tegaskan oleh para masyaih.

Orang yang berbuat kerja demikian itu padahal ia bukan ahlinya yang sebenar , akan lebih banyak merosakkan dari memberi kebaikan. Ianya akan menanggung dosa sebesar dosa seorang perompak kerana ia telah memisahkan murid dari syeikh yang arif sebenarnya.

naqsabandiah said...

tapi ada setengah tariqat muridnya tak bersuluk/uzlah/khalwat dah leh jadi kalifah kadang kadang jadi mursyid (lebih lebih lagi tariqat yang error sanat) leh ke tuan kiwi... sedangkan perjalanan rasullulah dan sahabat beruzlah/bersuluk/berkhalwat bermujahadah membersih hati.....maka automatic tak ikut perjalanan sebenar rasullulah dan sahabat.. macam mana nak iktiraf tariqat yang mutabar..sedangkan nabi berkata barang siapa tak mengikut perjalanan dan cara ku serta sahabat-sahabatku bukan dikalangan ku....

naqsabandiah said...

Kata Syeikh Abdul Wahab Asy Syaroni di dalam kitab Madarijus Salikin :

Hai para murid ! Semoga Allah memberkan keredhaan Nya kepada kami dan kamu. Sesungguhnya orang yang tidak mengetahui bapanya dan datuknya di dalam jalan ini (ilmu Tariqat) ,maka ia adalah buta.

Mungkin jua orang yang tersebut di nasabkan(di binkan) kepada orang lain yang bukan bapa sebenarnya. (jika begitu) maka bermakna ia termasuk ke dalam apa yang di sabdakan oleh nabi s.a.w. : ‘Allah melaknat orang yang dinasabkan kepada orang lain yang bukan bapanya yang sebenar.

Maksud bapa dan datuknya ialah para guru-guru yang terdahulu (para masyaih) kerana guru mursyid kita ialah bapa ruhani manakala guru kepada guru kita adalah datuk ruhani kepada kita sehingga lah seterusnya sampai kepada Rasulullah s.a.w. iaitu sumber segala ruhani yakni benih sekelian alam dan induk rahmat Allah Taala dengannya melimpah sekelian rahmat Allah atas setiap kejadian.

naqsabandiah said...

Kata Syeikh Abdul Qadir Al - Jilani lagi :

Bagaimana cara menentukan Tasawuf yang benar ?

Caranya dengan dua macam :

(Pertama) lahiriahnya
(Kedua) Bathinnya.

Lahiriahnya memegang teguh pada aturan syariat dalam perintah mahupun larangan.

Bathinnya mengikuti jalur suluk dengan pandangan hati yang jelas bahawa yang di ikuti adalah nabi s.a.w. dan nabi s.a.w. merupakan perantara antara dia dengan Allah.Dan antara dia dengan nabi adalah ruh ruhani Nabi Muhammad s.a.w. yang mempunyai jasmani pada tempatnya dan ruhani pada tempatnya, sebab syaitan tidak akan menjelma menjadi nabi dan itu merupakan isyarat pada orang – orang salikin agar perjalanan mereka tidak dalam keadaan buta.

Pada fasal ini terdapat tanda-tanda yang sangat halus untuk membezakan mana golongan yang benar dan yang salah , yang tidak dapat di temukan kecuali oleh ahlinya.

wallahulam