BAGI para ahli Tasauf/Tariqat ada cara tersendiri di dalam mengenal Tuhan. Mereka sama meletakkan dasar-dasar teori pengenalan Tuhan yang tidak bersifat rasional. Berbeda dengan dasar-dasar teori pengenalan Tuhan yang berlaku bagi kalangan ahli Theology Islam (Ilmu Tauhid) dan juga berbeda dengan yang berlaku bagi kalangan ahli syariat (Ilmu Fiqeh).
Bagi ahli Fiqah cara yang dipergunakan dalam mengenal Tuhan ialah
dengan jalan keterangan dari dalil-dalil Naqli (Al-Quran dan Hadis). Di dalam memperkuat kepercayaan maka Al-Quran tidak dipergunakan sebagai alasan-alasan logika atau dengan penyelidikan akal fikiran seperti yang
terjadi di dalam falsafah. Berbeza dengan Ahli Kalam (Tauhid), di dalam cara mengenal Tuhan banyak mempergunakan jalan penyelidikan akal fikiran. Dengan dasar ini maka mengetahui siapa Tuhan, meskipun belum tentu mereka dapat menyaksikan Tuhan. Termasuk dalam golongan yang memakai cara ini ialah kaum "Failasof".
Lain halnya dengan ahli Tasauf/Tariqat, mereka dapat mengenal Tuhan melalui dasar-dasar teori perasaan hati lantaran Ilham yang dilimpahkan Allah ke dalam jiwa manusia sebagai bentuk wujud pemberian rahmat-Nya. Hal ini lazimnya dapat dicapai oleh manusia ketika ia telah dapat sampai ke jinjang diri peribadinya dilepaskan dari segala macam bentuk godaan hawa nafsu lampau dengan memusatnya fikiran ingat kepada Zat Yang Maha Kuasa.
Keadaan yang demikian ini mengakibatkan segala macam rahsia di balik hijab cahaya Allah dan Nabi-Nya dapat tersingkap oleh dirinya dan diketahui secara jelas pada penglihatan mata hati. Sebagaimana orang yang melihat air jernih yang berada di dalam gelas yang jernih pula, sehingga segala sesuatu yang ada di balik gelas yang jernih itu dapat dilihat dengan terang-benderang.
Huraian di atas memberikan penegasan bahawa kerana adanya perbezaan dasar-dasar pengenalan Tuhan yang berlainan di antara ahli Fiqeh dan ahli Tauhid dengan ahli Tasauf/Tariqat, maka selayaknya sering menimbulkan perbezaan di dalam cara menyelidiki Tuhan dengan segala akibatnya (daripada sesuatu perbuatan).
Akhir-akhir ini perbezaan tersebut mulai terungkap lagi di sana sini. Ada sementara orang yang berbicara manis soal Tasauf/Tariqat dengan penuh kelicikan menggunakan gaya "ahli pemberi fatwa agama", sering menyampaikan pendapat, baik pada lisan atau pun tulisan yang menganggap Ulama' ahli Tasauf/Tariqat dengan terang-terangan menyesatkan ummat terutama bagi para jamaahnya.
Perlu diketahui bahawa biasanya orang yang suka menggelabah jalan fikirannya sebagaimana anggapan negetif terhadap Ulama' Tasauf/ Tariqat itu adalah akibat adanya kekurangan pengertian terhadap masalahnya. Sedangkan faktor-faktor yang mendorong timbulnya fikiran semacam itu antara lain adalah sebagai berikut :
A. Adanya pendangkalan pengertian tentang Islam, seringkali hal ini menyebabkan Islam hanya dilihat dari satu dimensi tidak secara keseluruhan dan bulat.
B. Adanya ilmu-ilmu yang diperoleh tidak pada Guru Mursyid atau Syeikh, melainkan diambilkan dari hasil membaca buku-buku dengan upaya sendiri. Akibatnya jalan fikiran benyak dipengaruhi oleh hawa nafsu.
C. Mereka cenderung mengambil dasar-dasar fikiran di dalam mengungkap Islam justeru bersumber dari dasar-dasar fikiran kaum "rasionalis matrialisme", yakni fahaman yang beranggapan segala sesuatu dalam hidup harus dapat dipecahkan secara rasional dan dapat dilihat oleh pancaindera. Dasar teori "rasionalis matrialisme" inilah yang sering dipergunakan landasan berfikir kaum orientalis di dalam membahas tentang hal ke Timuran yakni tentang Islam dari berbagai aspeknya.
D. Mereka mudah mengeluarkan fatwa "Mari kembali kepada Al-Quran dan Al-Hadis", tetapi mereka sendiri banyak menyimpang dari tuntutan yang semestinya tercantum di dalam Al-Quran dan Al-Hadis itu sendiri.
E. Adanya faktor alat-alat pelengkapan yang sangat dirasa kurang sekali, untuk keperluan mengadakan pembongkaran dan penelitian terhadap konstruksi bahasa Islam (Bahasa Arab). Seperti tidak menguasai Ilmu Lughat dengan Qawaidnya, Ilmu Hadis dengan Musthalahnya, Ilmu Balaghah, Badi', Bayan dan Ma'aninya, dan lain-lain. Akibat yang ditimbulkan oleh kekurangan ini ialah
mereka sering mengalami kesulitan di dalam memahami dan membahas kalam Al-Quran yang banyak berbentuk fasekh, baligh dan bahkan banyak yang majaz.
Faktor-faktor di atas itulah di antara penyebab mereka mudah tergelincir dalam kekeliruan yang tiada dirasa. Oleh kerana itu tidak mustahil mereka dengan mudah tanpa ambil pusing terus cepat-cepat melontarkan anggapan bahawa para ahli Tasauf/Tariqat adalah sebagai orang yang hanya akan
mengajak ummat atau jamaah untuk menjadi sesat dan bahkan dapat berakibat syirik dan kafir. Na'uzubillah himin zalik!
Padahal dengan penjelasan tentang dasar hukum dan tujuan Tasauf/Tariqat Mu'tabarah di muka tadi, adalah jelas sentiasa sesuai dan berdiri tegak di atas tuntunan dan petunjuk langsung baik dari Al-Quran maupun Al-Hadis.
Wallahu ta'ala a'lam.......
Wassalamu.......
Tuesday, October 31, 2006
[+/-] |
CARA AHLI TASAUF/TARIQAT DALAM MENGENAL ALLAH |
Sunday, October 29, 2006
[+/-] |
DASAR HUKUM TASAUF/TARIQAT |
DALAM pembahasan masalah dasar hukum Tasauf/Tariqat ini, sebenarnya dapat dilihat melalui beberapa segi yang terdapat di dalam Tasauf/Tariqat itu sendiri, sehingga dari sini aan dapat diketahui secara jelas tentang kedudukan hukumnya di dalam Islam. Di samping itu juga untuk menghindarkan
Menurut penyelidikan para Ulama' ahli Sufi yang mu'tabarah, sebenarnya dasar hukum Tasauf/Tariqat dapat dilihat dari segi-segi yang antara lain adalah sebagai berikut :
Pertama : Dari segi existetensi amalan tersebut yang bertujuan hendak mencapai pelaksanaan syariat secara tertib dan teratur serta teguh di atas norma-norma yang semestinya dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya. Hal ini sesuai dengan firman Allah Ta'ala, yang bermaksud :
"Dan bahawasanya, jikalau tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam) benar-benar Kami akan memberikan minum kepada mereka air yang segar (rezeki yang banyak)."[Al-Jin : 16]
Ayat ini oleh para Ulama' ahli Sufi dijadikan pegangan hukum dasar melaksanakan amalan-amalan yang diajarkan. Meskipun masih ada sebahagian orang yang menentang dijadikannya ayat itu sebagai dasar hukum tersebut (Tasauf).
Menurut tinjauan Ulama' Sufi ayat di atas secara formal (bunyi lafaznya) mahu pun material (isi yang tersirat di dalamnya) adalah jelas merupakan tempat sumber hukum diizinkan melaksanakan amalan-amalan kerohanian. Kerana dengan mengamalkan Tasauf/Tariqat akan dapat diperoleh tujuan melaksanakan syariat Islam yang sebenar-benarnya sesuai dengan yang mesti dikehendaki
oleh Allah dan Rasul-Nya.
Kedua : Dari segi materi pokok amalan Tasauf/Tariqat yang berupa wirid zikrullah, baik yang dilakukan secara Mulazamah iaitu secara terus-menerus, ataupun yang dilakukan secara Mukhalafah maksudnya terus menerus menghindarkan diri dari segala sesuatu yang dapat membawa akibat lupa kepada Allah.
Hal ini sesuai dengan firman Allah Ta'ala, bermaksud :
"Hai orang-orang yang berIman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang."[Al-Ahzab : 41-42]
Melihat maksud ayat ini, maka jelas bahawa Allah telah memerintahkan kepada sekalian orang yang beriman untuk tetap sentiasa berzikir dan bertasbih dengan menyebut nama "Allah" baik dilakukan pada waktu pagi atau petang, siang atau malam.
Jadi amalan zikir sebagaimana yang terdapat di dalam firman Allah Ta'ala tersebut adalah jelas bersifat "Muthlaq" yang belum nampak ada "Qayyid" nya. Dalam erti bahawa syariat zikir, bentuk asal hukumnya masih global. Rasulullah SAW sendiri tidak banyak memberikan perincian atau "Qayyid", baik yang berbentuk syarat-syarat, rukun-rukun ataupun kifiat-kifiat.
Dari sini maka tugas ummat inilah yang diberi kuasa untuk menciptakan syarat, rukun, dan kifiat-kifiat zikrullah asalkan ianya tidak menyimpang dari tuntutan syara' secara prinsipil. Itulah sebabnya maka para Ulama' Sufi sama menciptakan zikrullah dengan syarat-syarat dan rukun-rukun tertentu serta bentuk kifiat yang bermacam-macam. Misalnya tentang waktunya, jumlahnya, cara membacanya dan sebagainya.
Ketiga : Dari segi sasaran pokok yang hendak dicapai dalam mengamalkan Tasauf/Tariqat yakni terwujudnya rasa cinta antara hamba dengan Allah lantaran ketekunan dan keikhlasan dalam menjalankan syariat-Nya secara utuh dan terasa indah oleh pantulan sinar cahaya Allah.
Selanjutnya laki-laki tersebut bertanya lagi kepada Nabi : Apakah Islam itu? Jawab Nabi : Islam ialah menyembah kepada Allah dan jangan menyekutukan-Nya, mengerjakan solat (fardhu), menunaikan zakat, berpuasa Ramadhan. Kemudian laki-laki itu bertanya lagi kepada diri Nabi : Apakah Ikhsan itu? Jawab Nabi : Ikhsan iaitu keadaan engkau menyembah Allah seakan-akan engkau melihat-Nya, sekiranya engkau tidak melihat-Nya maka Allah melihat engkau."[HR. Bukhari]
Dalam Hadis ini dapat difahami adanya beberapa pengertian bahawa kehidupan agama dalam jiwa seseorang akan menjadi sempurna jika dapat dikumpulkan tiga faktor pokok yang sangat menentukan, iaitu Iman, Islam dan Ikhsan. Masing-masing dapat dicapai lantaran mempelajari dan memahami serta mengamalkan ilmu-ilmu yang membicarakan tentang masalahnya. Para Ulama' dari
kalangan aliran/mazhab apa pun sama berpendirian bahawa faktor Iman dapat dipelajari daripada ilmu pengetahuan yang dinamakan Ilmu Usuluddin atau Ilmu Kalam atau juga Ilmu Tauhid. Sedang Islam dapat dipelajari daripada Ilmu Fiqeh atau sering juga dikenal dengan sebutan Ilmu Syariat. Demikian pula halnya dengan Ikhsan dapat dicapai dengan mempelajari dan mengamalkan Ilmu
Tasauf/Tariqat.
Iman, Islam dan Ikhsan, ketiganya berkaitan erat dalam mencapai sasaran pokok yakni "Mengenal Allah untuk diyakini". Hal ini menuntut terwujudnya sikap tindak perbuatan nyata dalam hidup ini, sebagai bukti kepatuhan melaksanakan segala yang diperintah, dikerjakan dan yang dilarang
ditinggalkan dengan penuh ikhlas kerana Allah semata disertai penuh rasa cinta terhadap-Nya. Manakala keadaan semacam ini sudah sampai pada puncaknya maka akan tercapailah hakikat tujuan hidup yang sebenarnya sesuai dengan yang dikehendaki oleh Allah sendiri pada syariat yang dibawa Muhammad SAW.
[+/-] |
TUJUAN MENGAMALKAN TASAUF/TARIQAT |
AMALAN Tasauf/Tariqat sebagaimana yang lazim dikerjakan oleh para jamaah, sebenarnya banyak sekali tujuan yang hendak diperoleh antara lain iaitu :
1. Dengan mengamalkan Tasauf/Tariqat bererti mengadakan latihan jiwa (Riadhah) dan berjuang melawan hawa nafsu (Mujahadah), membersihkan diri dari sifat-sifat tercela dan diisi dengan sifat-sifat terpuji dengan melalui perbaikan budi pekeri dalam berbagai seginya.
2. Selalu dapat mewujudkan rasa ingat kepada Allah Zat Yang Maha Besar dan Maha Kuasa atas segalanya dengan melalui jalan mengamalkan wirid dan zikir disertai tafakkur yang secara terus menerus dikerjakan.
3. Dari sini timbul perasaan takut kepada Allah sehingga timbul pula dalam diri seseorang itu suatu usaha untuk menghindarkan diri dari segala macam pengaruh duniawi yang dapat menyebabkan lupa kepada Allah.
4. Jika hal itu semua dapat dilakukan dengan penuh ikhlas dan ketaatan kepada Allah, maka tidak mustahil akan dapat dicapai suatu tingkat alam ma'rifat, sehingga dapat pula diketahui segala rahsia di balik tabir cahaya Allah dan Rasul-Nya secara terang-benderang.
5. Akhirnya dapat diperoleh apa yang sebenarnya menjadi tujuan hidup ini.
Demikian antara lain beberapa tujuan yang akan diperoleh bagi setiap orang yang mengamalkan Tasauf/Tariqat. Jelasnya ia akan dapat mengerjakan syariat Allah dan Rasul-Nya dengan melalui jalan atau sistem yang menghantarkan tercapainya tujuan hakikat yang sebenarnya sesuai dengan yang dikehendaki oleh syariat itu sendiri.
Sama sekali tiada tujuan negatif yang terselit di dalamnya, sehingga dapat menggelincirkan ummat untuk jatuh ke dalam kesesatan. Sebagaimana yang sering dituduhkan oleh orang-orang yang belum mengetahui seluk-beluk ilmu Tasauf/Tariqat. Mereka dengan gaya gegabah berani melontarkan perasangka buruk terhadap Ulama'-ulama ahli Sufi dikatakan sebagai orang yang mengajarkan amalan-amalan yang menyerupai ibadah yang tidak pernah dijumpai tuntunannya, baik dari Allah mahu pun Rasul-Nya.
Apa yang dituduhkan mereka itu justeru berbalik dengan kenyataan, bahawa para Ulama' ahli Sufi yang telah lama mengajarkan amalan-amalan baik tersebut sama sekali tidak bertentangan dengan ajaran Allah dan Rasul-Nya. Mereka para Ulama' Guru dan Syeikh sama mengajarkan amalan Tasauf/Tariqat yang sentiasa bersumber dari ajaran Al-Quran dan Al-Hadis yang diterima secara ittishal sampai kepada beliau Rasulullah SAW sendiri. Bahkan apa yang hendak dicapai oleh ajaran kesufian ini telah jelas sekali yakni mengerjakan syariat dengan jalan yang teratur sesuai dengan semestinya guna memperoleh tujuan hakikat hidup yang sebenar-benarnya.
[+/-] |
TASAUF/TARIQAT TERMASUK ILMU MUKASYAFAH |
PENYAMPAI ilmu Tasauf/Tariqat memang sukar atau susah dapat difahami oleh akal manusia biasa, kerana erti maksudnya terlampau seni. Itu sebablah hampir saja di seluruh kalangan para ahli Sufi berpendapat, bahawa sebenarnya Tariqat/Tasauf itu adalah termasuk ke dalam kerangka Ilmu
Mukasyafah atau ilmu "Di Sebalik Tabir" yang dapat memancarkan cahaya ke dalam hati para penganutnya (pengamal). Sehingga dengan cahaya (Nur) itu terbukalah segala sesuatu yang ada di balik rahsia ucapan-ucapan Nabi dan demikian pula halnya terhadap segala sesuatu yang ada di balik rahsia cahaya Allah.
Ilmu Mukasyafah tidak begitu sahaja mudah dipelajari, kecuali bila ditempuh dengan melalui jalan latihan batin (Riyadhah) dan perjuangan melawan hawa nafsu (Mujahadah).
Dengan kesungguhan menempuh jalan yang demikian ini, maka sedikit demi sedikit akan menjadi terbuka segala yang ghaib di balik hijab yang mendinding antara hamba dengan Tuhannya, sehingga dapatlah bermusyahadah (menyaksikan sendiri). Dengan penglihatan hati (Musyahadatul Qalbi) bukan dengan penglihatan mata. Sebab penglihatan mata ini, hanyalah merupakan alat belaka dari penglihatan hati. Buta dalam perkara ini bukanlah buta mata, tetapi buta hati dalam dada.
Dari sinilah maka sesungguhnya syariat yang dikerjakan dapat berjalan di atas landasan yang lurus, tidak terpeleset jatuh ke dalam jurang kesesatan, sehingga terhalang untuk dapat sampai kepada yang dituju. Yakni untuk siapa sebenarnya syariat itu dikerjakan. Jawabnya : "Hanya untuk Allah" yang
dituju.
Demikian yang ada pada akhirnya manusia ini akan dapat menemukan hakikat kebenaran hidup yang sejati.
[+/-] |
MAKNA TARIQAT |
MAKNA TARIQAT
Pengertian "Tariqat" - menurut bahasa ertinya "jalan", "cara", "garis", "kedudukan", "keyakinan" dan "agama".
Kamus Dewan (edisi baru) Kuala Lumpur tahun 1989, menyatakan bahawa "Tarekat" ialah
1. jalan;
2. jalan untuk mencapai kebenaran (dalam tasauf);
3. tertib hidup (mengikut peraturan agama atau ilmu kebatinan);
4. perkumpulan penuntut ilmu tasauf.
Kamus "Modern Dictionary Arabic - English" oleh Elias Anton dan Edward Elias, edisi IX, Cairo tahun 1954 menyatakan bahawa "Tariqat" ialah "way" (cara atau jalan) "methode" dan sistem of belief" (methoda dan satu sistem kepercayaan).
Kata "Tariqat" disebutkan Allah dalam Al-Quran sebanyak 9 kali dalam 5 Surah, dengan mengandungi beberapa erti sebagai berikut :
MAKNA TARIQAT
Pengertian "Tariqat" - menurut bahasa ertinya "jalan", "cara", "garis", "kedudukan", "keyakinan" dan "agama".
Kamus Dewan (edisi baru) Kuala Lumpur tahun 1989, menyatakan bahawa "Tarekat" ialah
1. jalan;
2. jalan untuk mencapai kebenaran (dalam tasauf);
3. tertib hidup (mengikut peraturan agama atau ilmu kebatinan);
4. perkumpulan penuntut ilmu tasauf.
Kamus "Modern Dictionary Arabic - English" oleh Elias Anton dan Edward Elias, edisi IX, Cairo tahun 1954 menyatakan bahawa "Tariqat" ialah "way" (cara atau jalan) "methode" dan sistem of belief" (methoda dan satu sistem kepercayaan).
Kata "Tariqat" disebutkan Allah dalam Al-Quran sebanyak 9 kali dalam 5 Surah, dengan mengandungi beberapa erti sebagai berikut :
1. Surah An-Nisa' : 168 -
Maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan melakukan kezaliman, Allah sekali-kali tidak akan mengampuni (dosa) mereka dan tidak (pula) akan menunjukkan jalan kepada mereka."
2. Surah An-Nisa' : 169 -
Maksudnya : "Melainkan jalan ke Neraka Jahannam; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah."
3. Surah Thoha : 63 -
Maksudnya : "Mereka berkata : "Sesungguhnya dua orang ini adalah benar-benar ahli sihir yang hendak mengusir kamu dari negeri kamu dengan sihirnya dan hendak melenyapkan "kedudukan" kamu yang utama."
Ayat itu menerangkan kedatangan Nabi Musa a.s. dan Harun ke Mesir, akan menggantikan Bani Israil sebagai penguasa di Mesir. Sebahagian ahli tafsir mengertikan "Tariqat" dalam ayat ini dengan "keyakinan" (Agama)."
Menurut Ibnu Manzhur (630 - 711H) dalam kitabnya "Lisanul Arab" jilid 12 halaman 91, erti "Tariqat" dalam ayat itu adalah "ar-rijalul asyraf", bermakna "tokoh-tokoh terkemuka".
Jadi ayat itu bererti, kedatangan Nabi Musa dan Harun ke Mesir adalah untuk mengusir kamu dengan sihirnya dan hendak melenyapkan jamaah atau tokoh-tokoh terkemuka kamu."
Lebih jauh Ibnu Manzhur menyatakan "hadza thariqatu Qaumihi"...ertinya "inilah tokoh-tokoh pilihan kaumnya."
Al-Akhfasy menyatakan "bithariqatikumul mutsla" ertinya "dengan Sunnah dan agama kamu yang tinggi."
"Tariqat" bererti juga "al-khaththu fis-syai-i"...ertinya "garis pada sesuatu."
"Thariqatul baidhi"...ertinya "garis-garis yang terdapat pada telur."
"Thariqatul romal"...ertinya "sesuatu yang memanjang dari pasir - ma imtadda minhu."
Al-Laits menyatakan "Tariqat" ialah "tiap garis di atas tanah, atau jenis pakaian, atau pakaian yang koyak-koyak. Itulah "Tariqat"nya.
"Tariqat" jama'nya "tharaiq", bererti "tenunan dari bulu", berukuran 4 sampai 8 hasta kali satu hasta, dipertautkan sehelai demi sehelai."
Menurut Tafsir "Al-Jamal" jilid 3, hal. 99, "bithariqatikumul mutsla"...dalam Surah Thoha : 63 itu, ertinya "bi-asyrafikum", bermakna "dengan orang terkemuka kamu." Kata "Tariqat" itu dipergunakan untuk tokoh-tokoh terkemuka, kerana mereka itu menjadi ikutan dan anutan orang
banyak, sebagaimana diertikan juga demikian oleh Abu As-Su'ud.
Dalam "Mukhtarus Shihhah", disebutkan "wa thariqatul qaumi" ialah "amatsiluhum dan jiaduhum", ertinya "orang-orang besar dan terbaik di antara mereka."
"At-thariqatu" diertikan juga "syariful qaumi", bermakna "tokoh terjormat suatu kaum".
Tafsir Ibnu Katsir jilid 3, hal. 157 menyatakan, "bi thariqatikumul mutsla" itu dengan "wa hia as-sihru", ertinya "sihir".
Ibnu Abbas mengertikannya dengan "kerajaan mereka yang mereka bekerja dan mencari kehidupan di dalamnya."
As-Sya'bi menafsirkannya dengan "Harun dan Musa memalingkan perhatian orang banyak kepada mereka."
Mujahid mengertikannya dengan "orang-orang terkemuka, cerdas dan lanjut usia di antara mereka."
Abu Shaleh mengertikannya dengan "orang-orang mulia di antara kamu."
'Ikrimah mengertikannya dengan "orang-orang terbaik di antara kamu."
Qatadah menyatakan "bithariqatikumul mutsla" mereka pada masa itu adalah Bani Israil.
Abdurrahman bin Zaid mengertikannya dengan "Billadzi antum 'alaihi"...ertinya "dengan yang kamu berada di atasnya."
Tafsir Al-Kahzin jilid 3, hal. 273, mentafsirkan ayat itu dengan "yudzahiba bi sunnatikum wa bi dinukum al-ladzi antum 'alaihi", bermakna "Keduanya, yakni Musa dan Harun akan melenyapkan sunnah dan agama kamu yang kamu anut."
Tafsir Al-Baghawi jilid 4, hal. 273, orang Arab menyatakan "fulanun 'alat thariqatil mutsla", maksudnya ialah "ala shirathim mustaqim", bererti si Anu berada atas jalan yang lurus.
4. Surah Thoha : 77 -
Maksudnya : "Dan sesungguhnya telah Kami wahyukan kepada Musa : Pergilah kamu dengan hamba-Ku (Bani Israil) di malam hari, maka buatlah untuk mereka "jalan" yang kering di laut itu, kamu tidak usah khawatir akan tersusul dan tidak usah takut (akan tenggelam)."
Kata-kata "Tariqat" dalam ayat itu bererti "jalan" di laut, dan terbelahnya Lautan Merah untuk jalan bagi Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya itu terjadi setelah memukulkan tongkatnya.
5. Surah Thoha : 104 -
Maksudnya : "Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakan ketika berkata "orang yang paling lurus" jalannya di antara mereka : "Kamu tidak berdiam (di dunia) melainkan hanyalah sehari sahaja."
Adapun yang dimaksudkan dengan "lurus jalannya" dalam ayat itu ialah orang yang agak lurus fikirannya atau amalannya di antara orang-orang yang berdosa itu.
6. Surah Al-Ahqaf : 30 -
Maksudnya : "Mereka berkata : "Hai kaum kami, sesungguhnya kami telah mendengar kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan sesudah Musa yang membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya lagi memimpin kepada kebenaran dan kepada "jalan" yang lurus."
7. Surah Al-Mukminun : 17 -
Maksudnya : "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan di atas kamu tujuh buah jalan (tujuh buah langit) dan Kami tidaklah lengah terhadap ciptaan (Kami).
8. Surah Al-Jin : 11 -
Maksudnya : "Dan sesungguhnya di antara kami dan orang-orang yang soleh dan di antara kami ada (pula) yang tidak demikian halnya. Adakah kami menempuh "jalan yang berbeda-beda?"
Al-Farra' mengertikan "kunna Tharaiqa qidada" dalam ayat itu dengan "kunna Firaqan mukhtalifah", bermakna adalah kami beberapa kelompok yang berbeda-beda.
9. Surah Al-Jin : 16 -
Maksudnya : "Dan bahawasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezeki yang banyak)."
Kata "Tariqat" dalam ayat itu bererti "agama Islam".
Demikianlah beberapa makna kata "Tariqat" dari segi bahasa.
Tariqat Menurut Kalangan Sufi
Adapun "Tariqat" menurut istilah Ulama' Tasauf :
1. "Jalan kepada Allah dengan mengamalkan ilmu Tauhid, Fiqah dan Tasauf".
["Al-Ayatul Baiyinat" hal. 23, oleh Syeikh Ahmad Khathib.]
2. "Cara atau kaifiat mengerjakan sesuatu amalan untuk mencapai sesuatu tujuan."
["Ilmu Tariqat Dan Hakikat" hal. 69, oleh T.H. Abdullah Ujong Rimba]
Berdasarkan beberapa definasi yang tersebut di atas, jelaslah bahawa Tariqat adalah suatu jalan atau cara untuk mendekatkan diri kepada Allah, dengan mengamalkan ilmu Tauhid, Fiqih dan Tasauf.
Sesuai dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah dan yang dicontohkan beliau serta dikerjakan oleh para Sahabatnya, Tabi'in, Tabi'it Tabi'in dan terus turun-temurun sampai kepada Guru-guru, Ulama'-ulama' secara bersambung-sambung dan bersantai hingga pada masa kita ini.
Suatu contoh dapat diketahui, bahawa di dalam Al-Quran hanya dapat dijumpai adanya ketentuan kewajipan solat (sembahyang), tetapi tidak ada satu ayat pun yang memberikan perincian tentang raka'at solat tersebut. Misalnya saja solat Zohor sebanyak 4 rakaat, Asar 4 rakaat, Maghrib 3 rakaat, Isya' 4 rakaat dan Subuh 2 rakaat. Demikian pula terhadap syarat dan rukunnya
solat-solat tersebut. Rasulullah SAW lah sebagai orang pertama yang memberikan contoh-contoh dan cara-cara mengerjakan solat-solat maktubah itu dengan melalui perbuatan yang ditunjukkan dan ditiru oleh para Sahabatnya terus turun-temurun sampai kepada kita ini lewat pelajaran-pelajaran dan petunjuk yang diberikan oleh para Guru, Syeikh dan para Ulama'.
Hal ini bukan bererti, bahawa Al-Quran sebagai sumber pokok hukum dalam Islam itu tidak lengkap, Sunnah Rasul dan Ilmu Fiqeh yang disusun oleh para Ulama' tidak sempurna, akan tetapi sebetulnya masih banyak penjelasan yang diperlukan ummat agar perlaksanaan peraturan dan ketentuan Allah dan Rasul-Nya dapat menurut penerimaan atau penangkapan akal bagi orang yang hanya mampu membaca, menghayati dan memahami yang pada puncaknya orang ini akan mengerjakan syariat Islam sesuai dengan kemauan hawa nafsunya sendiri.
Thursday, October 26, 2006
[+/-] |
Madrasah Kuala Kubu Baru, Selangor |
Markas : SP II Sei Pagar Babussalam, Sumatra, Indonesia
INILAH SALASILAH TARIQAT NAQSYABANDIYAH YANG TURUN DARI BABUSSALAM TANJUNG PURA (LANGKAT),SUMATERA UTARA INDONESIA.
Rahsia Tariqat Naqsyabandiyah ini, diturunkan Allah Subhanahuwataala dengan Perantaraan Jibril Alaihissalam Kepada:
INILAH SALASILAH TARIQAT NAQSYABANDIYAH Al KHOLIDIAH.
Rahsia Tariqat Naqsyabandiyah ini, diturunkan Allah Subhanahuwataala dengan Perantaraan Jibril Alaihissalam Kepada:
1) Saidul Mursalin Saidina Muhammad s.a.w.
2) Saidina Abu Bakar as-Siddiq
3) Sheikh Salman Farisi
4) Sheikh Qasim b Muhammad bin Abu Bakar as-Siddiq
5) Sheikh Jaafar Siddiq
6) Sheikh Abu Yazid Thoifur Bistami
7) Sheikh Abu Hassan Khorqoni
8) Sheikh Abi Ali Farmidi
9) Sheikh Abu Yaqub Yusuf Hamadani
10) Sheikh Abdul Khalik Ghujdawani
11) Sheikh Arif Riyukuri
12) Sheikh Mahmud al Anjari Faghnawi.
13) Sheikh Azizan Ali Ramaitani
14) Sheikh Muhammad Babus Samasi
15) Sheikh Sayyid Amir Kullaal
16) Sheikh Bahaudin Shah Naqsyabandi
17) Sheikh Muhammad Alauddin Attori
18) Sheikh Yaakub al Charkhi
19) Sheikh Nashiruddin Ubaidullah al Ahrar
20) Sheikh Muhammad az Zahid
21) Sheikh Darwis Muhammad
22) Sheikh Muhammad Khawajaki al-Amkanaki
23) Sheikh Muhammad Baqi Billah
24) Sheikh Mujaddid Alaf-thani Ahmad al Faruqi as-Sirhindi
25) Sheikh Muhammad Maksum
26) Sheikh Syaifuddin
27) Sheikh Nur Muhammad al Badawani
28) Sheikh Mirza Mazhar Shamsudin Habibullah Jaanijanaani
29) Sheikh Shah Ghulam Ali Abdullah Dahlawi
30) Sheikh Dhiyaauddien Khalid Kurdi
31)Sheikh Abdullah Effendi Jabal Qubais
32) Sheikh Sulaiman Kurumi Jabal Qubais
33) Sheikh Sulaiman Zuhdi Jabal Qubais
34) Sheikh Abdul Wahab Babussalam Langkat ... Sumatra.... 1811-1926
35) Syeikh Daud Abdul Wahab Langkat 1391 h/1971 m
36) Syeikh Tajuddin Mudawar Daud (cucu Tuan Sheikh Abdul Wahab Rokan).
Murshid:
Syeikh Tajuddin Mudawar Daud
Markas dan Pusat Suluk:
SP II Sei Pagar Babussalam, Sumatra
Cawangan:
Kampung Tanah Merah Jitra, Kedah
Wakil Murshid : Tuan Guru Mohd. Yatim
Rumah suluk Air Tawar Perak
Wakil Murshid : Ustaz Mustapha
Pasir Mas, Kelantan
Wakil Mursyid : Ustaz Abdullah Isa
Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor
Wakil Mursyid : tiada maklumat.
[+/-] |
Kg. Melayu Sri Kundang, Kundang, Selangor |
Markas : Kg. Melayu Sri Kundang, Kundang, Selangor Darul Ehsan
INILAH SALASILAH TARIQAT NAQSYABANDIYAH YANG TURUN DARI BABUSSALAM TANJUNG PURA (LANGKAT), SUMATERA UTARA INDONESIA.
1. Saidina Jibril
2. Saidul Mursalin Saidina Muhammad s.a.w.
3. Saidina Abu Bakar as-Siddiq
4. Sheikh Salman Farisi
5. Sheikh Qasim b Muhammad bin Abu Bakar as-Siddiq
6. Sheikh Jaafar Siddiq
7. Sheikh Abu Yazid Thoifur Bistami
8. Sheikh Abu Hassan Khorqoni
9. Sheikh Abi Ali Farmidi
10. Sheikh Abu Yaqub Yusuf Hamadani
11. Sheikh Abdul Khalik Ghujdawani
12. Sheikh Arif Riyukuri
13. Sheikh Mahmud al Anjari Faghnawi.
14. Sheikh Azizan Ali Ramaitani
15. Sheikh Muhammad Babus Samasi
16. Sheikh Sayyid Amir Kullaal
17. Sheikh Bahaudin Shah Naqsyabandi
18. Sheikh Muhammad Alauddin Attori
19. Sheikh Yaakub al Charkhi
20. Sheikh Nashiruddin Ubaidullah al Ahrar
21. Sheikh Muhammad az Zahid
22. Sheikh Darwis Muhammad
23. Sheikh Muhammad Khawajaki al-Amkanaki
24. Sheikh Muhammad Baqi Billah
25. Sheikh Mujaddid Alaf-thani Ahmad al Faruqi as-Sirhindi
26. Sheikh Muhammad Maksum
27. Sheikh Syaifuddin
28. Sheikh Nur Muhammad al Badawani
29. Sheikh Mirza Mazhar Shamsudin Habibullah Jaanijanaani
30. Sheikh Shah Ghulam Ali Abdullah Dahlawi
31. Sheikh Dhiyaa’uddien Khalid Kurdi
32. Sheikh Abdullah Effendi
33. Sheikh Sulaiman Kurumi
34. Sheikh Sulaiman Zuhdi Jabal Qubais
35. Sheikh Abdul Wahab Babussalam Langkat ... Sumatra.... 1811-1926
36. Syeikh Umar b Muhammad. Lepar, Pahang 1936
37. Syeikh Imam Haji Ishak b Haji Muhammad Ariff al Rawa Surau Jeram Bangkin, Dong, Raub.
38. Sheikh Dr Jahid Sidek Sri Kundang.
Murshid:
Shaikh Dr Jahid Sidek
Markas dan Pusat Suluk:
A91, Kg Melayu Sri Kundang,
Tasik Biru Kuang,
48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
03-6034 1204 (Rumah)
03- 6034 4772(Pusat Rawatan)
Cawangan:
* Kg. Sungai Kayu Ara, Damansara.
* Sg. Cincin, Gombak.
* Kampong Dalam,Kuala Terengganu.
* Johor Bharu
[+/-] |
Naqsabandiah Tokai, Alor Setar |
MarkasNaqsabandiah Tokai, Alor Setar
IINILAH SALASILAH AT-THORIQAT AL-NAQSYABANDIYYAH AL-KHOLIDIYYAH YANG TURUN DARI BABUSSALAM
TANJUNG PURA (LANGKAT),SUMATERA UTARA INDONESIA.
Rahsia at-Thoriqat al-Naqsyabandiyyah ini, diturunkan Allah S.W.T dengan perantaraan Jibril a.s. kepada:
1. MUHAMMAD RASULLULLAHHU S.A.W. PENGHULU SELURUH ALAM. BELIAU MENUMPAHKAN RAHSIA INI KEPADA;
2. Saiyyidina Abu Bakar as-Siddiq
3. Syeikh Salman al-Farisi
4. Syeikh Qasim b Muhammad bin Abu Bakar as-Siddiq
5. Syeikh Jaafar as-Siddiq
6. Syeikh Abu Yazid Thoifur al-Bistami
7. Syeikh Abu Hassan al-Khorqoni
8. Syeikh Abi Ali ath-Thusi al-Farmidi
9. Syeikh Abu Yaaqub Yusuf al-Hamadani
10. Syeikh Abdul Khaliq al-Ghujdawani
11. Syeikh 'Arif ar-Riyukuri
12. Syeikh Mahmud al-Anjari Faghnawi.
13. Syeikh Azizan Ali Ramitani
14. Syeikh Muhammad Baba as-Samasi
15. Syeikh Sayyid Amir Kullaal Sayyid Hamzah
16. Syeikh Baha'uddin Syah Naqsyabandi
17. Syeikh Muhammad Alauddin At-Thauri
18. Syeikh Yaakub al-Jaarakhi
19. Syeikh Nasyiruddin Ubaidullah al-Ahrar
20. Syeikh Muhammad Zahid
21. Syeikh Darwisy Muhammad as-Samarqandi
22. Syeikh Muhammad Khawajaki al-Mulki
23. Syeikh Muhammad al-Baqi billah
24. Syeikh Mujaddid Alaf-thani Ahmad al- Faruqi as-Sirhindi
25. Syeikh Muhammad Maksum
26. Syeikh Muhammad Syaifuddin
27. Syeikh Nur Muhammad al-Badawani
28. Syeikh Mirza Mazhar Syamsudin Habibullah Jaan-Jaanani Musyar Al-Alawi
29. Syeikh Shah Ghulam Ali Abdullah Dahlawi
30. Syeikh Dhiyaauddien Khalid al-Kurdi
31. Syeikh Abdullah Affandi
32. Syeikh Sulaiman al-Khorumi
33. Syeikh Sulaiman az-Zuhdi Jabal Qubais
34. Syeikh Abdul Wahab Rokan, Babussalam Langkat ... Sumatera.... 1811-1926
35. Syeikh Umar b Hj Muhammad Lepar, Surau Bangking, Raub, Pahang 1936
36. Syeikh Imam Haji Ishak b Haji Muhammad Ariff al-Rawa Surau Jeram Bangking, Dong, Raub.
37. Al-Imam Hj Wan Hassan b Wan Abdullah, Kg Pulau Rumput, Pekan, Pahang.
38. Al-Imam Hj Sanusi b Hj Salleh, Tokai, Alor Setar.
Murshid: Al-Imam Hj Sanusi b Hj Salleh
Markas dan Pusat Suluk: Kpg Pulau Rumput, Pekan, Pahang dan Gurun, Kedah.
Cawangan: tiada maklumat
[+/-] |
Kampung Naqsyabandiah, Kajang, |
Kampung Naqsyabandiah, Kajang, Selangor Darul Ehsan
INILAH SALASILAH TARIQAT NAQSABANDIAH AL-KHOLIDIAH, KAJANG
Saidina Jibril Syahabal Wahyu
Saidil Mursalin Wahabibi Rabbul Alamin Saidina Wamaulana Muhammad SAW
Saidina Saidina Abu Bakar As Siddiq
Sheikh Sulaiman Farsi
Sheikh Qassim anak Muhammad anak Saidina Abu Bakar
Sheikh Imam Tarekat Wal Hakikat Jaafar Siddiq
Sheikh Abu Yazid Al Bustami
Sheikh Abu Hassan Al Harqani
Sheikh Abu Ali Farmadi
Sheikh Yusuf Al Hamdani
Sheikh Abdul Khalid Al Fajaduni
Sheikh Arif Riyaukuri
Sheikh Mahmud
Sheikh Sheikh Ali Rumaitani
Sheikh Sheikh Muhammad Baba Al Samasi
Sheikh Sheikh Amir Kulail
Sheikh Bahaudin Shah Naqsyabandiah
Sheikh Muhammad Al Aladin Athari
Sheikh Yaakub al Carkhi
Sheikh Nashiruddin Abdullah al Ahrar
Sheikh Muhammad al Zahdi
Sheikh Darwis Muhammad
Sheikh Muhammad Khawajaki
Sheikh Muhammad Al Baqi Ballah
Sheikh Ahmad al Faruqi
Sheikh Muhammad Maksum
Sheikh Saifuddin
Sheikh Nur Muhammad al Badwani
Sheikh Shamsudin Habibullah
Sheikh Abdullah Dahlawi
Sheikh Khalid Al Khurdi
Sheikh Abdullah Afandi
Sheikh Sulaiman Al Karumi
Sheikh Sulaiman Zuhdi Jabal Qubais, Mekah Mukaramah
Sheikh Abdul Wahab Babussalam
Sheikh Muhammad Nur, Sumatra,
Sheikh Yahya Laksamana,Kajang,
Sheikh Haris Yahya
Nota:
Hj Yahya Laksamana Kajang menyampaikan tareqat berikut:
1. Naqsyabandi al Khalidi - sebagai induk
2. Qadiriah wan naqsyabandi
3. Suhrawardiah
4. Sazaliah
[+/-] |
Tindakan Negetif & Positif |
Terdapat dua bahagian tindakan dalam melakukan suatu perkara.Samada menjurus kepada tindakan negetif atau positif.Bagaimana berlakunya suatu tindakan negetif dan apakah cara untuk menjurus kepositif.
Berlakunya tindakan negetif mungkin disebabkan terburu-buru,mengikut perasaan,tidak mampu menggunakan akal dalam keadaan darurat atau tidak berfikir panjang.Ilmu dan pengalaman juga suatu sebab.
Terdapat suatu permasaalahan yang rumit dimana seseorang tidak dapat mencari jawaban untuk penyelesaian
walaupun dari bantuan rakan.Dalam hal ini kesabaran sangat diperlukan kerana kadang kala permasaalahan itu memerlukan perjalanan masa.Hanya masa sahaja menjadi jalan penyelesaian.
Takdir adalah suatu perkara yang dikehendaki tuhan berlaku pada setiap apa yang cipta.Setiap detik masa yang berlaku akan ada suatu takdir.Takdir yang berlaku secara tetap,takdir yang dijadikan akibat sebab musabab , takdir yang khusus untuk menjadi ujian dan berbagai jenis takdir yang sukar difahami.
Mengapa pula takdir itu perlu diusahakan atau perlu manusia mengelak dari menerimanya.Mengapa pula perlu diselesaikan dan manusia menjadi pelbagai tindakan demi takdir itu.
Jika kita beriman kepada kada dan kadar tuhan maka apa jua musibah untung baik dan buruk sepanjang hidup telah tetap.Ia dicipta untuk diri manusia sebagai Allah menguji tahaf iman hambanya.Maka terpulang bagaimana manusia itu menyelesaikan.Adakah manusia akan mengadu hal kepada tuhan atau sebaliknya.
Kadang kala dengan takdir itu Allah menyesatkan seseorang,ada kala ia memberi petunjuk.Maka berhati-hatilah dalam menyelesaikan permasaalahan hidup agar ia menjurus kepada tindakan positif iaitu kembalikan kepada tuhan dan memohon petunjuk jalan penyelesaian.Sesudah itu tindakan kita adalah dengan izin Allah.
Jangan sesekali kita menyalahkan perkara yang menjadi sebab kerana perkara itu juga adalah sebahagian takdir tuhan yang menerima ujian.
SEORANG professor fizik di Amerika Syarikat membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam.
Katanya, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan, menyebabkan kita merasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian.
Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda beliau, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajiannya mendapati, bilangan rakaat yang berbeza dalam solat bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita.
Semasa solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai-bagai kelebihan.
Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita, akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun daripada tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat beberapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas di dalam tubuh.
Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zuhur, empat rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang daripada kerja, kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran professor tersebut mengenai solat Isyak yang mengandungi empat rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.
Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat di dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam digalakkan tidur awal supaya mampu bangun untuk menunaikan tahajud (sembahyang malam) pada sepertiga malam.
Ringkasnya, solat Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun pada waktu malam untuk beribadat (qiamullail).
Dalam kajiannya, beliau mendapati bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.
[+/-] |
FAKTOR-FAKTOR AJARAN SESAT |
Hasil dari penelitian Cawangan Akidah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, umat Islam di negara ini sentiasa terdedah kepada ajaran sesat yang berkembang hasil dari faktor-faktor berikut:-
1: Tasawuf Falsafah @ Teosofi
2: Ajaran Batiniah;
3: Ajaran Syiah;
4: Khurafat, Amalan Bomoh dan Tradisi; dan
5: Usaha menjauhkan Umat Islam dari al-Quran dan al-Sunnah.
Faktor Pertama:Tasawuf Falasafah @ Teosofi @ Wujudiah + Martabat Tujuh
a: Tasawuf Teosofi
Tasawuf Teosofi(7) menjadi punca utama kepada penyelewengan dalam ilmu tasawuf dan kepada muncul ajaran-ajaran sesat yang mana ia didapati dipengaruhi oleh pengaruh Greek, Parsi, Yahudi, Kristian dan Hindu – Buddha.
Faktor ini mengandungi berbagai-bagai konsep yang bermula dengan konsep wahdatul wujud dan seterusnya diserap kepada ajaran martabat tujuh dari karangan Syeikh Mohammad b. Fadhlullah Al-Burhanipuri, (W 1029H @ 1619M) melalui bukunya al-Tohfah Ila-Mursalah Ila Roh Al-Nabi, yang diterjemah ke bahasa Jawa tahun (1680M) kemudiannya pula disalurkan oleh beberapa tokoh Nusantara seperti Syeikh Syamsuddin al-Sumatrani (W 1690M) yang mengarang buku Jauhar al-Haqaeq, Abdul Rauf Singkel dengan kitab Daqaiq al-Huruf beliau dikatakan menuntut di Mekah selama 19 tahun dan kembali ke Acheh tahun (1661M) dan Syeikh Hamzah Fansuri (W 1606M) dalam buku-bukunya di bidang tasawuf ketuhanan terutama buku Asrar al-Arifin, Syarb al-‘Asyikin dan al-Muntahi dan berkembang pula melalui kitab al-Durr al-Nafis oleh Syeikh Mohammad Nafis al-Banjari (W 1778M) yang ditulis tahun (1200H) yang dianggap pula oleh beberapa tokoh penyelidikan sebagai mewarisi kitab al-Tohfah al-Mursalah yang dikatakan telah ditemui di Ceribon tidak lewat dari tahun 1668M oleh Abdul Muhyi seorang wali dari Jawa, yang menjadi guru kepada Bagus Norjan dari Ceribon.
Kitab ini juga tersebar di Sumatera pada abad ke-17 M. Buku ini dikatakan mempengaruhi kelanjoran buku Serat Wirid Hidayat Jati karangan Rengka Warsita (W 1873M).
Pada asasnya faktor Tasawuf Teosofi ini telah banyak mempengaruhi ajaran-ajaran yang dibawa oleh guru-buru ajaran sesat ditambah pula oleha buku Kasyr Al-Asrar oleh Syeikh Mohammad Salleh bin Abdullah al-Mengkabu yang ditulis tahun 1922M.
b: Tasawuf Wahdatul Wujud
Menurut Prof. Dr. Abdul Fatah Haron Ibrahim bahawa tasawuf wahdatul wujud dalam Islam dapat dikesan sumbernya daripada Hindu dan Neoplatonisma atau seumpama kedua-duanya (lihat Ajaran Sesat 1994) DBP hal. 13).
Menurut Haji Abdullah Fahim b. Hj. Ab. Rahman, pula bahawa buku Bahr al-Lahut iaitu kitab adunan antara kandungan al-Tohfah al-Mursalah dengan Serat Wirid dan kandungan Bahr Al-Lahut inilah yang terdapat dalam kitab Hidayah Anwar (Ajaran Taslim) dan Hakikat Insan (1985M) serta Tajalli Ahmad Laksamana (lihat Sejarah Kemunculan Ajaran Menyeleweng, hal. 55-56).
Menurut Dr. Abdul Fatah Haron bahawa martabat tujuh juga bukan dari al-Quran dan Hadis Sahih, tetapi dari falsafah Neo Platonism yang dikenal dengan teori immanasi atau as-Sudur (Lihat Beberapa Masalah Utama Dalam Tasawuf (1993M) BAHEIS, KL H. 25). Dari Kitab al-Durr al-Nafis, Maktabah Wa Matbaah Darul Maarif Pulau Pinang terdapat huraian martabat tujuh ini dari halaman 21 – 23.
Fahaman Wahdatul Wujud menganggap alam ini adalah penyataan Allah yang qadim Azali lagi abadi. Alam ini seperti ombak dan Tuhan seperti laut. Ombak itu kekal ada selagi laut itu kekal.
c: Ajaran Martabat Tujuh
Martabat Tujuh adalah satu perbincangan mengenai asal usul mula kejadian alam semesta ini. Ilmu ini termasuk dalam bidang iktiqad Tasawuf Falsafah Wahdatul Wujud.
Penjelasan maksudnya ialah bahawa Allah Yang Maha Esa Mentajalli (menampak) alam semesta daripada Dzatnya sendiri.
Pertama: Ahadiyah iaitu Martabat zat qadim, azali, abadi, martabat La Taayun ertinya martabat tidak nyata. Ahadiyah iaitu seperti menilik cermin, wahdah seperti cermin, wahdiyah seperti rupa dalam cermin, martabat La Taayun belum nyata Tuhan dengan hamba.
Kedua: Wahidiyah – Martabat Aliah Wahdah Qadim, azali, abadi, roh Qudsi yakni nyawa Muhammad, martabat Taayun Awwal iaitu nyata yang pertama, kelakuan dzat: Syuun, Martabat Muhammad. Ertinya nyawa Muhammad pada pihak pengetahuan Allah.
Ketiga: Wahdiyah, Martabat Taayun thani, nyata yang kedua iaitu Roh Adam dan Aayanthabitah namanya iaitu Kenyataannya telah ada bagi ilmu Allah bagi zat dan bagi sekalian yang maujud iaitu jalan tafsil. Tajalli hak Allah kepada martabat ini dengan nama Ar-Rahman bersifat pemurah.
Keempat: Alam Arwah iaitu alam segala nyawa dan alam roh aayan kharijah ertinya kenyataan yang sudah terbit daripada ilmuNya dan roh itu daripada kehendak Allah Taala yang dibangsakan keadaannya dengan martabat terbit daripada suruhan Tuhan kita dengan berantara sesuatu daripada pergantung.
Kelima: Alam Mithal ialah kalbu sanubari bererti tempat hati. Inilah alam segala rupa namanyaa iaitu daripada kehendak Allah Taala yang rapat terus daripada segala suku yang halus dan tiada menerima suku ertinya tiadalah menerima akan tegahan dan tiadalah menerima berciri-ciri setengahnya daripada setengahnya dan tiadalah menerima akan tebusan dan tiada menerima zakat kerana halus.
Keenam: Alam Ajsam ialah alam syahadah, alam yang dipandang, alam segala martabat yang terus daripada anasir empat, air, tanah, udara dan api dan yang tersebut daripada itu lima perkara iaitu segala batu, tumbuhan, binatang dan segala jin yang tersusun dari segala unsur, nyata Allah taala itu dengan zahir dan Muhammad namanya Mazhar.
Ketujuh: Alam Insan disebut Insan itu rahsiaKu dan Aku rahsianya martabat yang dihimpunkan segala martabat ini. (Bandingkan dengan buku dari Abdul Fatah Ajaran Sesat 1994 h. 20 – 25).
d: Nur Muhamad
Nur Muhamad ialah cahaya yang dihubungkan dengan Nabi Muhammad (s.a.w). Dari segi istilah ialah ciptaan Allah yang pertama, sebelum Dia mencipta makhlukNya yang lain. Cahaya ini dicipta dari Nur Allah, pada asal kewujudannya. Nur ini sama dengan rupa kejadian Nabi Muhammad s.a.w.
Istilah yang lain dipakai juga oleh penggemarnya iaitu al-Aql al-Awwal, al-Insan al-Kamil, Qutub, Ghaus dan lain-lain. Kaitannya dengan Martabat Tujuh, ia terletak di martabat kedua.
Pemikiran ini tidak ada dalam al-Quran dan hadis sahih, lebih-lebih lagi ia disifatkan sebagai qadim dan semua perkara yang ada dalam alam ini bersumber darinya. Bagi syiah, menggunakannya untuk meluluskan akidah mereka terhadap al-Imamah.
Manakala kaum Sufi untuk meluluskan Konsep al-Wilayah atau Kewalian, yang ada persamaannya dengan al-Imamah dalam Syiah. Orang Islam yang awal membincangkan Konsep Nur Muhamad ialah Ibnu ‘Arabi (638H/240M) dan Abdul Karim al-Jili (832H). Ini disebutkan dalam kitab-kitab karya mereka seperti al-Futuhat al-Makiyyah, Fusus al-Hikam dan al-Insan al-Kamil fi Ma’arifah al-awa’il wa al-Awakhir.
Bagi Ibnu Arabi, Nur Muhamad merupakan asal usul kejadian semua makhluk yang hidup dan sumber yang terpancar daripada ilmu para Nabi dan wali atau dengan kata lain Nur Muhamad ialah roh yang nyata dengan rupa para Nabi dan wali sejak Nabi Adam a.s. diutus hingga Nabi Muhamad s.a.w. dan sejak wujud Martabat al-Wilayah atau kenabian dalam pemikiran Sufi.
Ilmu para nabi dan wali menurut Kaum Sufi adalah suatu pancaran dari Nur Muhamad yang merupakan induk kepada segala yang wujud ini. (lihat Muhamad Ali al-Junid, Nazdariyyah, al-Imamah, al-Imamah, hal. 128) dan bandingkan dengan artikel Prof. Madya Dr. Abdul Hayei bin Abdul Shukor (UM) “Nur Muhamad: Satu Pencemaran Terhadap Akidah” (Utusan Zaman – 9 Jun 1996).
Orang yang terlibat dengan kumpulan ini dipercayai banyak memalsukan hadis bagi meluluskan teori dan cita-cita ini. Sedangkan menurut pandangan ahli Sunnah Wal Jamaah, asal kejadian Nabi Muhamad s.a.w. adalah jelas seperti dinyatakan dalam ayat 110, surah al-Kahfi, yang bermaksud;
“Katakanlah (wahai Muhamad) sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah satu.”
Bagi ahli Sunnah, kepercayaan Nur Muhamad ini adalah khurafat dan tidak bersandarkan mana-man dalil yang layak menjadi sumber hukum.
Tetapi setengah kaum Sufi yang keterlaluan mendakwa bahawa ilmu mereka kasyaf, kadang-kadang dikatakan diambil terus dari Allah atau Rasulullah.
Menurut Prof. Dr. Abdulfatah Haron bin Ibrahim, bahawa Nur Muhamad tidak lebih daripada lagenda. Ia tidak ada dalam ajaran akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (Asyariah, Maturidiah dan Salafiah, tetapi terdapat dalam Ajaran Tasawuf Wahdatul Wujud).
Dalam kitab al-Dur al-Nafis disebutkan sebuah hadis yang bermaksud: “Mula pertama Allah jadikan ialah Nur Nabimu, hai Jabir, maka Allah jadikan Nur itu segala sesuatu dan engkau adalah daripada sesuatu itu (halaman 22).”
Hadis ini adalah hadis mauduk ( rekaan dan palsu) seperti disebut dalam Kitab al-Mawahib dalam Kasyaf al-Khifa Wa Mazil al-Albas, hal. 266).
Faktor Kedua: Ajaran Batiniah
Ajaran ini juga dikenali dengan Tasawuf Batiniah iaitu kebatinan. Pada umumnya ajaran ini dibawa melalui buku Kasyaf Al-Asrar terjemahan dan susunan oleh Syeikh Mohammad Salleh bin Abdullah Al-mangkabau yang ditulis pada tahun (1344H/1922M) (tahun 1390 telah ulang cetak ke-22 di Singapura) dan kemudiannya disalurkan melalui buku Hidayah Al-Anwar oleh Syed Ghazali Jamalullail, Pulau Pinang pada tahun 1355H/1933M) dan mengembangkan Ajaran Taslim dari bapanya Hj. Mohd. Matahari, kemudian Hj. Ahmad laksamana bin Omar Kelantan pada tahun 1985, menulis buku Hakikat Insan (1985M) dan Ilmu Tajalli (belum terbit) dan mengembangkannya ke seluruh Malaysia.
Unsur-unsur atau faktor ajaran Batiniah ini ialah berasal daripada Syiah Ismailiyah Batiniah iaitu satu gerakan yang pada mulanya dipropagandakan oleh Abdullah bin Maimon (W 165H/780M). Beliau ialah seorang bekas penganut agama Madaism (Al-Mazdakiyah) berbangsa Yahudi dari Al-Hawas, bapanya Maimon b. Dalsan al-Khaddah ialah hamba kepada Jaafar al-Sadiq iaitu salah seorang imam 12 Syiah.
Al-Khaddahlah yang mendakwa Ismail bin Jaafar al-Sidiq yang telah meninggal dunia tahun 158H dianggap sebagai ghaib dan beliau adalah Imam Mahdi Abdullah bin Maimon juga terpengaruh dengan teori angka simbolik seperti angka 7, 12 yang diambil dari 7 huruf Bismillah dan 12 huruf Lailahaillahallah kemudiannya berjumlah 19. Teori ini akhirnya diambil oleh Ismailiyah Kisaniyah dan Qaromitah.
Di kalangan pengamal ilmu hakikat seperti Taslim wujud satu amalan nikah batin, yang pda asalnya lahir dari konsep batin yang disebar oleh kumpulan Syiah Batiniah.
Nikah batin adalah satu amalan misteri bagi golongan Taslim.ereka merahsiakan amalan ini dari sesiapa. Menurut Hj. Abdullah Fahim b. Abdul Rahman, nikah batin di Malaysia ia bukan sahaja diamalkan oleh kumpulan Taslim bahkan oleh individu lain.
Menurutnya pada tahun 1986 seorang gadis berumur 19 tahun dari Kuala Lumpur membuat laporan ke Pusat Islam yang menyatakan kakaknya telah dinikah batin oleh guru yang mengubat mereka secara batin. Kakak yang tua telah melahirkan 4 orang anak dan yang muda telah dua kali menggugurkan kandungannya.
Guru itu dan kakaknya telah dibicarakan di Mahkamah Syariah Gombak Timor, Selangor atas tuduhan berzina sehingga melahirkan anak. Mereka mengaku salah dan guru tersebut tidak sebut langsung hal ‘nikah batin’, ini berlaku pada 28 Mac 1986. (Lihat catitan kaki hal. 106: Abdullah Fahim b. Hj. Abd. Rahman:
Satu Analisis Perbandingan Antara Doktrin-doktrin Dalam Ajaran Taslim, Ajaran Ahmad Laksamana dan Tarekat Naqsyabandiah Kadirun Yahya, Tesis, Fakulti Pengajian Islam UKM, 1991).
Ajaran Batiniah ialah ajaran Tasawuf yang mengandungi 3 unsur iaitu: fahaman Hulul iaitu penyerapan Tuhan dengan hamba dan Wahdatul Wujud dan semacam dengannya, faham Syariah Ismailiyah dan Batiniah dan yang semacam dengannya dan ilmu Kebatinan hasil sankratisma antara kepercayaan primitif, agama Hindu, Buddha, Tasawuf Wahdatul wujud dan ajaran Syiah terutamanya yang terdapat di negara jiran.
Antara ajaran sesat yang mengandungi unsur Batiniah ialah ajaran Taslim, ajaran Tajalli Ahmad Laksamana Kelantan. Ada doktrin wujudiah, batin, takwil, gnosis, emanasi dan kebatinan Jawa (A. Fahim Ibid. H. 193).
Faktor Ketiga: Ajaran Syiah
Yang dimaksudkan dengan ajaran Syiah di sini ialah Syiah Nusairiyah dan Nizariyyah serta Musta’liyah dan Druz . Syiah Ismailiyah berjaya menegakkan kerajaan Fatimi di Mesir tahun 358 Hijrah.
Dalam tahun 487 Imam Kerajaan Fatimi bergelar al-Mustansirbillah meninggal dunia, lalu puak Ismailiyah berpecah dua, satu mengikut Nizar bergelar Nizariyah dan satu lagi mengikut adiknya al-Musta’li lalu digelar at-Musta’liyah.
Ada lagi pecahan lain iaitu Druz dan Nasiriyah yang ada di Lubnan, Syria dan Palestin. Selain itu Syiah Dua Belas yang berakidah dengan dengan Imamah, Wasi, Ismah, Hulul Zahir – Batin. Ia mengandungi 4 konsep utama iaitu:
1: Ada zahir dan batin
2: Ada tanzil dan takwil
3: Ada takiyyah
4: Ada wasi
Di sepanjang sejarah Gerakan Syiah meninggalkan imej buruk yang penuh dengan ugutan, ancaman, pergaduhan dan kekerasan. Sikap kekerasan ini adalah warisan daripada saki baki gerakan syiah Ismailiyah yang berpusat di Aalamut yang diketuai oleh Al-Hasan al-Sabah di abad ke enam Hijrah, yang kadangkala menggunakan Hasyisy (ganja) atau seumpamanya.
Faktor Keempat: Amalan Khurafat
Berpunca dari tiga unsur Sin Kritisma, Hindu-Buddha dan Animisma dan Dinisma. Ia dijelmakan dalam amalan-amalan perbomohan dan kesaktian.
Faktor Kelima: Usaha Menjauhkan Umat Islam Dari Al-Quraan Dan As-Sunnah
Ada pihak tertentu berusaha menyeleweng umat Islam agar tidak mengamalkan ajaran al-Quran dan As-Sunnah atau salah satu darinya. Mereka terdiri dari golongan munafikin dan zindik dengan usaha tertentu antaranya:
1: Pentafsiran batin oleh golongan kebatinan dan menyatakan al-Quran ada makna zahir dan makna batin dan mendakwa yang wajib diamalkan ialah yang batin sahaja.
2: Pentafsiran dengan angka.
3: Pentafsiran palsu ke atas surah Al-Muddathir ayat 30 dan 31 oleh Rashad Khalifa.
4: Penetapan tarikh berlakunya kiamat.
002: CIRI-CIRI AJARAN SESAT
Ciri-ciri yang didapati dalam ajaran-ajaran sesat di Malahsia adalah seperti berikut:-
1: Mengaku diri atau gurunya sebagai Nabi atau wakilnya dan mendakwa menerima wahyu.
2: Mengaku diri atau gurunya sebagai Imam Al-Mahdi atau mempercayai bahawa orang-orang tertentu tidak mati dan akan muncul sebagai manusia yang istimewa seperti Imam Al-Mahdi dan sebagainya (Qadyani, Bahai, 4 Sahabat, Nasir, Mufarridiah).
3: Mempercayai bahawa roh orang yang mati menjelma semula ke dalam jasad orang yang masih hidup.
4: Mendakwa pengikut-pengikut ajaran/tarikatnya sahaja yang dijamin masuk syurga.
5: Mendakwa gurunya memegang kunci pintu syurga.
6: Mempercayai bahaw agurunya boleh menebus dosa dengan wang.
7: Mendakwa bahawa semua agama adalah sama.
8: Mempercayai bahawa orang yang telah mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya.
9: Memohon kepada benda-benda tertentu seperti batu, cicin dan sebagainya untuk sampai kepada Tuhan.
10: Melakukan penyerahan rohani dan jasmani kepada guru melalui nikah batin dengan tujuan untuk mendapat anak yang soleh @ anak hakikat.
11: Mengaku Allah menjelma di dalam diri.
12: Mendakwa atau mengaku dirinya sebagai wakil Nabi yang boleh memberi syafaat kepada muridnya.
13: Mendakwa ajaran atau tarikatnya yang diamal sekarang diambil terus dari Rasulullah s.a.w. secara jaga (Yaqazah).
14: Mengaku dan mempercayai bahawa seseorang itu boleh berhubung dengan Allah melalui Nur Muhammad yang berada di dalam dirinya dan dengan demikian di dakwa pasti masuk syurga.
15: Memansuhkan syariat-syariat Islam seperti sembahyang, puasa, haji dan membuat syariat baru @ menganggapkan bila sampai kepada hakikat maka tidak perlu lagi syariat.
16: Meninggalkan sembahyang Jumaat kerana mengamalkan suluk.
17: Mendakwa bahawa Ibadat Haji tidak semestinya ditunaikan di Mekah, tetapi boleh ditunaikan di tempat-tempat yang lain.
18: Mengubah dengan sengaja ayat Al-Quran dan maskudnya.
19: Mengaku dan mempercayai bhawa azimat (tangkal) boleh memberi kesan.
20: Mendakwa bahawa setiap yang zahir ada batinnya dan setiap ayat yang diturunkan ada takwilnya seperti puasa, zakat, haji, nikah dan sebagainya ada batinnya. Mereka mendakwa orang yang mengamalkan syariah hanya kulit dan dant idak sampai kepada matlamat sebenar.
003: ANCAMAN KEPADA UMMAH DAN NEGARA
Penyebar ajaran menyeleweng telah banyak mendatangkan keburukan kepada umat dan negara. Antaranya melalui:
1: Mencela Ulama dan Fuqaha
Kebanyakan penganjur ataupun ajaran sesat didapati mendakwa diri mereka masing-masing atau dianggap oleh murid-murid atau pengikutnya sebagai manusia yang mengethaui segala isi iaitu ilmu hakikat dan mereka telah sampai maqam tinggi lalu menolak syariat, pada umumnya mereka mempunyai motif untuk mencela ulama dan fuqaha.
Dalam masa yang sama meletakkan taraf ulama kepada dua iaitu ulama zahir dan batin. Ulama zahir ialah ulama yang hanya mengetahui perkara-perkara zahir seperti ulama yang ada hari ini, sedangkan bagi diri mereka diletakkan taraf yang lebih tinggi dan kedudukannya lebih mulia kerana mengetahui rahsia batin dan ilmu hakikat.
2: Membuat Takwilan Dalam Agama
Guru ajaran sesat berani melakukan takwilan-takwilan terhadap ayat-ayat al-Quran dan Hadith Nabi s.a.w. dengan membuat huraian-huraian tanpa asas syarie.
Mereka terpengaruh dengan ajaran Batiniah dan mengguna doktrin batin dan takwil dalam menghuraikan konsep wujudiah yang dipegangnya. Hal ini boleh dilihat dalam bentuk takwil terhadap kalimah-kalimah atas lafaz-lafaz yang berkaitan dengan ibadah seperti pada angka dan pandangan huruf.
3: Kepentingan Peribadi dan Sex
Ajaran-ajaran sesat kebanyakannya adalah mempunyai motif dan kepentingan peribadi guru-guru ajaran sesat itu.
Ini termasuk kepentingan kepada kedudukan, pangkat kebendaan dan seks bebas umpamanya dengan mengamalkan Nikah Batin: yang dinikah itu namanya maknikam, maharnya ialah air mani, walinya Allah Taala, yang manikamnya Muhamad saksinya Kiraman-Katibin (dalam ajaran Tariqatul Islam).
Nikah Batin ialah nikah yang dijalankan secara rahsia oleh guru atas muridnya. Ia boleh berlaku antara guru dengan murid atau murid dengan murid, tidak terikat dengan hukum syarak. Maksud maknikam ialah perempuan yang dinikah.
4: Ingin Melemahkan Perpaduan dan Menghancurkan Agama Islam Melalui Gerakan Rahsia
Peri adanya golongan atau individu yang dengan sengaja tetapi secara halus, ingin merosakkan agama Islam memang wujud, malah sejak zaman Rasulullah dan para sahabat lagi. Tetapi mereka telah mengalami kegagalan kerana Islam telah dapat dikawal dengan ketatnya pada masa itu.
Tetapi perisai kawalan ini telah dapat ditembusi oleh seteru-teru Islam itu di zaman Khalifah Umaiyyah dan di zaman-zaman selepasnya. Mereka melakukan penyelewengan dalam berbagai-bagai segi sama ada di segi akidah atau syariah.
Di dalam keadaan tertentu mereka menafikan kebenaran sumber-sumber Islam itu sendiri dan dalam keadaan lain pula mereka menyelewengkan hukum dan syariat Islam. Hal ini dapat dilihat juga di negara ini melalui:
a: Ajaran Crypto Mokhtar Hassan di hukum di Mahkamah Syariah (Kuang Selangor, 1978) ajaran ini menafikan Al-Quran, membatalkan ibadat sembahyang dan lain-lain. Ajaran ini tidak ada sambutan.
b: Ajaran Taslim (difatwa oleh Jawatankuasa Kedah 1969) ajaran ini kadang-kadang mengurangkan pengerjaan ibadat sembahyang dan puasa.
c: Ajaran Tajalli @ Hakikat Insan Ahmad Laksamana, Kelantan (dihukum di Kelantan tahun 1986). Ajaran ini memperkecilkan ulama syariat. Ia telah merebak ke serata negeri.
d: Ajaran Mohd. Nasir Ismail Kemboja (Batu Pahat 1980) yang menafikan fardhu Jumaat serta menyalahkan orang lain, akhirnya telah menyerang Balai Polis Batu Pahat.
e: Kumpulan Anti Hadis (Jawatankuasa Fatwa Wilayah Persekutuan mengharamkannya Januari 1986, Jawatankuasa Fatwa Selangor mengharamkan November 1995).
f: Untuk memecahbelahkan perpaduan dan persaudaraan umat Islam.
Syiah yang tumbuh tahun 36H, dan sekarang Syiah di Iran, Lubnan, Pakistan dan lain-lain telah menimbulkan banyak masalah kepada dunia Islam. Di Malaysia kes Abu talib Haron @ Ahmad Habibullah Ahmad As-Salafi 34 tahun yang berkahwin dengan 10 orang (6 bermutaah) dituduh dengan 16 tuduhan berasingan (mulai dibicara bulan Julai 1994), di Johor Bahru telah menguji kewibawaan pihak berkuasa agama akhirnya beliau telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua (2) tahun mulai Julai tahun 1995.
g: Untuk Menguji Sejauhmana Kefahaman Dan Ketaatan Umat Islam Terhadap Agamanya
Apabila mereka berjaya dengan motif tersebut, maka senanglah agama dan umat Islam dihancurkan dan diganti dengan ideologi dan sistem asing.
004: MANGSA AJARAN SESAT
Golongan yang mudah terpengaruh menjadi mangsa ajaran sesat ialah terdiri daripada:
1: mereka yang jahil dan kosong jiwa kerana tidak mempunyai pengetahuan agama yang cukup. Dan mendapat dorongn kawan-kawan supaya berguru atau belajar melalui orang-orang tertentu yang mengajar secara rahsia dan sulit;
2: mereka yang ghairah mencari ketenangan jiwa dan kesempurnan beragama terutama melalui unsur kerohanian dengan cara jalan dekat tanpa ikut sunnah; dan
3: golongan yang salah atau menyeleweng dalam hal yang berhubung dengan usul; hal ini terjadi kerana mereka kurang kemantapan dalam usul syariyyah dan tunjangan serta pengetahuan mereka yang lemah dalam hal Shaddik dan ikhlas. Mereka mendakwa diri hampir dengan Allah dan berada di makam tertinggi.
Dalam keadaan ini terdapat orang yang suka mengeksploitasikan kejahilan dan kedahagaan masyarakat kepada kesempurnaan kerohanian dan lalu digunakan untuk kepentingan tertentu, seperti untuk mendapat kekayaan, pangkat, kuasa dan sex bebas.
Di samping itu terdapat golongan yang berpegang kepada konsep kebebasan intelektualisme. Golongan ini mengagungkan rasionalisme dan pendekatan apa yang dikatakan secara sainstifik dan emparical dalam soal agama. Golongan ini membawa fahaman modenisasi dalam Islam yang bertentangan dengan akidah dan fahaman yang diiktiraf dan diterima oleh masyarakat di negara ini.
Mereka ini dengan fikiran-fikiran baru itu menggugat akidah orang yang kurang kukuh pegangannya. Dengan akhirnya menimbulkan ajaran-ajaran sesat yang membawa perpecahan dalam masyarakat.
005: IMPLIKASI TERHADAP KEMURNIAN AKIDAH DAN KESELAMATAN
Kumpulan ajaran sesat didapati sentiasa muncul dan merebak daripada satu negeri ke satu negeri yang lain atau ke seluruh negara, jika tindakan membenterasnya tidak diberikan tumpuan yang bersungguh-sungguh.
Tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa negeri terhadap kumpulan-kumpulan ajaran sesat tertentu tidak memberi kesan yang positif kerana ia akan berpindah ke negeri-negeri lain.
Ini memerlukan tindakan bersepadu oleh semua pihak di bawah penyelarasan sebuah agensi pusat. Perancangan membanteras ajaran sesat memerlukan proses yang seragam bagi menunjukkan tindakannya berkesan dan hasilnya dapat dijangka dengan lebih tepat. Dengan demikian, JAKIM perlu diberi tugas menyelaraskan program tindakan ini.
Sudah nyata pada pandangan umum, bahawa ajaran-ajaran sesat ini telah membawa dan boleh membawa kepada beberapa akibat dan ancaman kepada agama dan keamanan. Antara akibat-akibat ancaman itu ialah;
a: Meluasnya kesesatan di segi akidah dan penyelewngan di segi ibadat orang-orang Islam. Ini dapat digambarkan melalui ajaran-ajaran sesat yang disebutkan di atas.
b: Meluasnya perpecahan dalam masyarakat Islam.
Tiap-tiap ajaran sesat mempunyai ‘Ketua Guru’ dan pengikutnya sendiri. Antara mereka mempunyai perhubungan yang rapat seolah-olah hubungan antara ‘saudara dengan saudaranya yang lain’.
Melalui ajaran yang dianuti, mereka memupuk persefahaman hidup dan jika dapat, cuba mewujudkan kumpulan atau masyarakat mereka sendiri. Dari sinilah wujudnya apa yang boleh dipanggil:
1: Masyarakat Orang Qadiani’ di Kg. Nakhoda, Selangor.
2: Masyarakat Orang Taslim’ di Yan, Kedah.
3: Masyarakat Ikhwan’ @ ‘Al-Mas’ di W. Persekutuan, Selangor dan Melaka.
Sebagaimana yang telah diketahui, ahli-ahli kumpulan masyarakat di atas antaranya tidak boleh berkahwin dengan orang yang bukan dari ahli masyarakat mereka, atas arahan dan hukum dari ajaran itu sendiri. Ini menimbulkan akibat yang buruk, bukan sahaja dari segi agama malah dari segi sosial.
c: Timbulnya berbagai-bagai keganasan di dalam masyarakat.
Keganasan yang timbul bukan sahaja sekadar mencedera dan membunuh orang lain, malah boleh membunuh diri mereka sendiri. Hal ini boleh ditunjukkan dari beberapa kejadian berikut:-
1: Pembunuhan dan tembak menembak antara polis dengan Kumpulan Ajaran Empat Sahabat, Kg. Dedap Rantau Panjang, Kelantan pada 19 Oktober 1974. Dalam kejadian ini, seorang dari kumpulan 22 orang itu telah mati tertembak dan yang lain-lain cedera parah atau cedera. Dalam pertempuran dengan anggota polis dan Rela itu mereka telah cuba bertahan dan tidak mahu menyerah sehinggalah mereka tidak berdaya lagi dan terus ditangkap. Mereka kemudiannya didakwa dan dihukum salah oleh Mahkamah Kadi Besar Kelantan pada tahun 1974 atas kesalahan mengajar ajaran salah.
2: Serangan dengan parang oleh seorang awam ke atas seorang pengikut Tarikat Naqsyabandiah Kadirun Yahya di Bukit Marak, Kelantan pada tahun 1976. Pengikut tersebut telah luka di bahu dan dimasukkan ke Hospital Besar Kota Bharu. Ini berlaku akibat dakwaan pengikut tarikat tersebut bahawa orang yang tidak memasuki tarikatnya adalah tidak betul, tidak selamat dan tidak terjamin masuk syurga.
3: Serangan Tajul Ariffin yang mendakwa dirinya Imam Mahdi, ke atas Tuan Hj. Damanhuri b. Hj. Abd. Wahab, di masjid Rapat Setia, Ipoh, Perak pada 5 Julai 1979. Ini berikutan keengganan orang lain mengiktiraf dirinya sebagai Imam Mahdi. Haji Damanhuri telah luka. Walau bagaimanapun, pemeriksaan doktor menunjukkan bahawa Tajul Ariffin adalah kurang siuman dan pernah dimasukkan ke Hospital Tanjung Rambutan untuk rawatan sakit otak.
4: Serangan pengikut-pengikut Haji Kamaruddin bin Ahmad Kajang, ke atas kuil-kuil Hindu di Selangor dan Wilayah Persekutuan dan akhirnya Kuil Hindu di Kerling, Selangor pada 19 Ogos 1979. Akibat dari serangan ini empat (4) orang dari mereka telah dicederakan hingga mati oleh penjaga-penjaga kuil tersebut.
5: Serangan kumpulan Mohd. Nasir bin Ismail (seramai 15) orang ke atas Balai Polis Batu Pahat pada pagi 16 Oktober 1980 dan mencederakan berbelas orang polis dan kakitangan Balai tersebut. Akibatnya 8 orang dari kumpulan ini, termasuk Nasir sendiri telah mati ditembak oleh Polis.
4: Berlakunya keretakan dalam keluarga.
Apabila terdapat seorang dari anggota keluarga itu, khususnya si suami yang memasuki satu-satu ajaran sesat, maka berlakulah keretakan dalam keluarganya, terutama apabila isteri tidak menyertai sama suaminya atau tidak menyokongnya. Hal ini berlaku apabila:
1: Si suami selalu menghabiskan masa siang dan malam bersama-sama guru dan pengikut yang lain dan apabila pulang ke rumah amalan-amalan di dalam ajaran tesebut diteruskan lagi dan kadang-kadang jelas pada pandangan isteri amalan dan iktikadnya sudah menyeleweng begitu juga sebaliknya.
2: Banyak harta benda dan wang dicurah dan digunakan untuk kepentingan ajaran, guru dan pengikutnya. Hal ini berlaku kepada pengikut kumpulan al-Arqam dan lain-lain. Hal yang sama berlaku pada pengikut-pengikut beberapa ajaran sesat.
3: Si suami tidak lagi mahu mencampuri sahabat handai biasa yang bukan menjadi ahli ajaran yang diikutinya. Ini menyulitkan kehidupan biasa keluarga tersebut.
Dan terdapat berbagai-bagai akibat dan bencana lain lagi hasil wujudnya ajaran-ajaran sesat ini.
006: PENUTUP
Mudah-mudahan dengan penjelasan mengenai ajaran sesat ini boleh memberi garis panduan dalam usaha pembanterasan ajaran sesat di negeri-negeri.
Disediakan oleh:
Bahagian Penyelidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Kuala Lumpur
Mei 2000
[+/-] |
Belitan Iblis Terhadap Kaum Sufi Yang Meninggalkan Ilmu |
Penentangan yang terbesar sekali terhadap Allah azzawajalla ialah mencegah manusia dari jalan Allah, dan sejelas jelas jalan kepada Allah itu ialah menuntut ilmu, kerana ilmu itu adalah petunjuk kepada pengenalan Allah dan syariat Allah, tetapi yang sungguh menyesalkan orang yang menegah orang menuntut ilmu itu tidak sedarkan apa yang dibuatnya
Pertama:
Mereka melarang orang ramai dari golongannya pada mempelajari ilmu pengetahuan sama sekali, serta menggambarkan kepada mereka, bahwa menuntut ilmu itu perlu kepada susah payah, dan yang sebaik-balk buat mereka kerihatan semata. Mereka lalu memakai pakaian jubah sufi, dan duduk berihat di atas permaidani pengangguran.
Di antara kaum sufi ada yang mencela para ulama, kerana mereka berpendapat bahwa mengerjakan diri dengan ilmu pengetahuan adalah salah. Mereka lalu mengatakan, bahwa ilmu kita datang tanpa orang tengah, kerana mereka menganggap menuntut ilmu itu jalannya sangat jauh. Maka cukuplah bagi mereka untuk memakai pakaian sufi, menampal jubah, menahan diri dari makan minum serta melahirkan kezuhudan.
Kedua:
Segolongan yang lain rasa mencukupilah dengan ilmu yang sedikit, maka dengan sebab itu terluputlah daripada mereka banyak dari keutamaan ilmu, sebab mereka merasa cukup dengan sedikit pengetahuan dari selok-belok Hadis Nabi saw.
Mereka menganggap pula bahwa mencari ketinggian sanad dan duduk mengumpul ilmu Hadis itu sama dengan mencari pangkat dan kedudukan yang termasuk mengejar dunia, kerana perasaan hati sangat gemar kepadanya.
Untuk mendedahkan belitan ini, dikatakanlah bahwa setiap kedudukan itu mestilah ada keutamaannya, dan padanya memang ada bahayanya. Sebab kepemimpinan, kehakiman dan duduk memberi fatwa, semua itu ada bahayanya, dan buat diri ada kelazatannya, di samping itu ada keutamaan besarnya, seperti duri yang berada di samping bunga ros yang indah. jadi wajarlah bagi manusia menuntut keutamaan itu, dan di samping itu menjaga diri daripada bahaya yang tersemat padanya.
Adapun sifat sukakan kedudukan yang terdapat dalam tabiat itu, maka ia memang dilengkapkan pada manusia untuk menangkap keutamaan itu, sama sebagaimana diletakkan suka berkahwin untuk memperoleh anak. jadi dengan ilmu itu nanti akan berdiri teguhlah maksud yang tersemat di dalam hati si alim itu, sebagaimana kata Yazid bin Harun:
Kami menuntut ilmu bukan kerana Allah, namun ilmu itu mengabaikan kecuali dengan niat kerana Allah! Maksudnya, nanti ilmu itu akan menunjuk kita supaya berikhlas di dalam penuntutan ilmu itu. Siapa yang menuntut dirinya untuk memutuskan kepada apa yang tersemat pada tabiatnya, tentulah tidak mungkin.
Ketiga:
Bahwa setengah kaum sufi lagi mewahamkan kepada kaum mereka, bahwa yang dimaksudkan itu salah beramal. Dan mereka tiada mengetahui bahwa bekerja dengan ilmu itu adalah amal yang paling sempurna.
Kemudian si alim itu, kendatipun perjalanan amalnya tidak sempurna, namun dia sentiasa berdiri atas yang benar, padahal si abid yang beramal tanpa ilmu itu tidak berdiri atas yang benar.
Keempat:
Bahawa mereka menampakkan kepada ramai dari golongan mereka, yang orang alim itu tidak ada padanya ilmu batin, sehingga setengah mereka ada yang berkhayal dibelit oleh waswasnya, lalu mengatakan:
Telah membicara kepadaku oleh hatiku daripada Tuhanku!
Sebab mereka menamakan ilmu syariat itu ilmu yang zahir. Dan mereka menamakan pula apa yang terbisik di dalam hatinya itu sebagai ilmu batin, yang mereka menganggapnya lebih dekat kepada keimanan.
Hujjah mereka ialah sebuah Hadis yang diriwayatkan daripada Saiyidina All bin Abu Thalib r. a. daripada Nabi saw katanya:
Ilmu batin itu adalah rahasia dari rahasia-rahasia Allah azzawajalla, dan suatu hukum dari hukum-hukum Allah Ta'ala, yang dilemparkan Allah azzawajalla ke dalam hati sesiapa yang disukai Nya dari para walinya.
Berkata penulis:
Hadis ini tidak ada asalnya daripada Nabi saw dan dalam sanad-sanadnya terdapat ramai orang yang tidak dikenali.
Sekali peristiwa, ada seorang alim ahli ilmu Fiqh, datang kepada Abu Yazid, dan berkata kepadanya:
Ramai orang yang menceritakan kepadaku tentang berita-berita yang ajaib daripadamu!
Jawab Abu Yazid:
Yang belum diceritakan kepadamu malah ada lebih banyak lagi.
Orang alim itu berkata lagi:
Hai Abu Yazid! Ilmumu ini semuanya datang dari mana, siapa yang engkau meriwayatkan daripadanya atau mempelajarinya?
Jawab Abu Yazid:
Ilmuku dari pemberian Allah Ta’ala, dan sesuai dengan sabda Nabi saw:
Sesiapa yang beramal dengan apa yang dia tahu, akan diberi Allah kepadanya ilmu yang belum dia mengetahui.
Begitu pula dari Hadis Nabi s. a. w. yang lain, katanya:
Ilmu itu ada dua: Yang zahir, iaitu hujjah Allah kepada sekalian makhluk ya. Dan ilmu batin, iaitu ilmu yang berguna. Sedang ilmu, duhai tuan syaikh, adalah ilmu yang dinukil dari lisan kepada lisan ilmu pengetahuan, padahal ilmuku itu pula suatu ilham daripada Allah azzawajalla.
Maka berkata si alim itu pula:
Ilmu daripada orang-orang kepercayaan, daripada Rasulullah saw. daripada jibrail, daripada Tuhanku azzawajalla.
Jawab Abu Yazid:
Hai tuan syaikh! Nabi saw mempunyai ilmu yang tidak pernah diketahui oleh jibrail dan tidak pula Mikail.
Jawab orang alim itu:
Benar itu, akan tetapi aku ingin mengesahkan ilmumu itu, yang engkau katakan daripada Allah Ta’ala.
Jawab Abu Yazid:
Baiklah, aku akan terangkannya kepadamu sekadar yang dapat menetap di hatimu makrifatnya.
Kemudian katanya lagi:
Hai tuan syaikh! Engkau tentu sudah tahu bahwa Allah Ta’ala bercakap-cakap kepada Nabi Musa a.s. dan bercakap-cakap juga kepada Nabi Muhammad saw yang telah melihatnya dengan nyata. Dan bahwasanya mimpi para Nabi itu sama dengan wahyu.
Jawab orang alim itu:
Itu semua benar.
Kata Abu Yazid lagi:
Tidakkah engkau mengetahui bahwa bicara kaum shiddiqin dan para Nabi itu semuanya dengan ilham daripada Allah Ta’ala, dan berupa faedah-faedah yang timbul dari hati-hati mereka, sehingga Allah membolehkan mereka berkata-kata dengan kalam hikmat yang mendatangkan banyak kebaikan kepada ummat. Untuk menguatkan apa yang aku katakan ini, iaitu apa yang diilhamkan Allah Ta’ala kepada ibunya Musa supaya meletakkan Musa di dalam tabut lalu membuangnya (ke sungai Nil), kemudian mengilhamkan Nabi Khidhir dengan seorang budak di atas kapal itu, kemudian terhadap benteng yang hendak roboh itu, sesuai dengan Firman Allah yang bermaksud:
Dan tiadalah aku membuatnya dengan perintahku sendiri! (Al-Kahf. 82)
Pernah pula Saiyidina Abu Bakar r.a. mengatakan kepada Aisyah r.a. bahwa si puteri Kharijah itu akan mengandungkan anak perempuan. Dan Allah mengilhamkan Saiyidina Umar bin Al-Khattab r.a. lalu dia menyeru kepada pendaki bukit dengan berkata: Wahai si pendaki bukit!
Dari sebuah berita mengatakan, bahwa ada seorang datang ke majlis Abu Yazid, lalu mendengar ramai orang yang mengatakan:
Si fulan menemui si fulan, lalu mengambil banyak dari ilmu-ilmunya, dan mencatit banyak dari pelajarannya.
Lalu Abu Yazid berkata:
Kasihan mereka itu, mereka mengambil ilmu itu dari yang mati daripada yang mati, tetapi kami mendapatkan ilmu kami daripada Yang Hidup (Allah) yang tidak akan mati.
Berkata penulis:
Bicara si ahli Fiqh di dalam cerita yang pertama itu menunjukkan kecetekan ilmunya, sebab jika dia seorang alim, tentulah dia mengetahui bahwa ilham kepada sesuatu itu adalah tidak bertentangan dengan ilmu, dan tidak sampai menjadi sempit begitu sekali.
Memang tidak dapat diingkari, bahwa Allah Ta’ala memberikan sesuatu kepada manusia sebagai ilham, sebagaimana kata Nabi saw:
Sesungguhnya ada di antara ummat-ummat itu orang-orang yang membicarakan akan sesuatu (dengan ilham), dan kalau pun ada pada ummatku kini, maka dia itu adalah Umar.
Maksud dari Tahdits, diberikan ilham untuk mengatakan sesuatu, iaitu ilham yang balk, tetapi jika orang yang didatangi ilham itu bertentangan pula dengan ilmu pengetahuan, maka tidak boleh diikutkan atau diamalkan dengannya.
Begitu pula dengan si Khidhir kerana dikatakan bahwa dia itu seorang Nabi, dan tentulah tidak boleh diingkari bahwa Nabi itu diberikan pengetahuan dengan wahyu dari hal akibat sesuatu perkara. Dan ilham itu bukanlah sama sekali ilmu, bahkan dia adalah buah daripada ilmu dan taqwa, sehingga orang yang diberikan ilham itu ditunjuk untuk melakukan yang baik dan yang lurus.
Tetapi kalau ada orang yang mengatakan, dia sengaja meninggalkan ilmu kerana bergantung sepenuhnya kepada ilham dan bisikan hati, maka semua itu tidak boleh dikira.
Sebab kalaulah tidak kerana ilmu yang dinukil itu, niscaya tidak boleh kita mengenal apa yang terdapat atau terlintas di dalam hati itu, apakah dia itu dari ilham yang balk ataupun waswas dari syaitan.
Ketahuilah, bahwa ilmu yang didapat dengan ilham yang dilemparkan ke dalam hati tidak cukup tanpa ada ilmu yang dinukil itu, yakni dipelajari itu.
Sama seperti ilmu-ilmu yang dipadankan dengan akal fikiran tidak dapat dicukupi tanpa adanya ilmu syariat, kerana umpama ilmu akal itu seperti makanan, sedang ilmu syariat seperti penawar atau ubat, jadi tidak dapat yang satu menggantikan yang lain.
Adapun kata mereka, bahwa kita mengambil ilmu menerusi orang yang sudah mati daripada yang mati; maka yang paling tepat untuk dinisbahkan si pengata ini, bahwa dia sendiri tidak faham apa yang tersimpul dalam kata-katanya itu sendiri, kalau tidak tentulah ia tiada lain melainkan suatu tikaman yang berat terhadap syariat.
Ada yang mengatakan dari kaum sufi ini, bahwa bekerja dengan ilmu itu adalah suatu kesalahan, sebab kata mereka bahwa ilmu kita didapati tanpa orang tengah. Padahal orang-orang terdahulu yang kuat tasawufnya melainkan mereka juga orang-orang terulung dalam ilmu-ilmu Al-Quran, Fiqh, Hadis dan Tafsir.
Tetapi kaum yang ini pula suka menganggurkan diri daripada ilmu-ilmu itu.
Berkata Abu Hamid:
Ketahuilah, bahwa kecenderungan ahli tasawuf itu tertumpu kepada ketuhanan, bukan kepada pembelajaran, sebab itu mereka tidak belajar dan tidak menumpukan perhatian mereka untuk mendalamkan diri dalam sesuatu ilmu dan mendapatkan apa yang sudah dihasilkan oleh para pengarang buku-buku ilmu pengetahuan, bahkan mereka mengatakan: jalan mereka ialah mengutamakan mujahadah dengan mengikis segala sifat yang tercela dari diri mereka dan memutuskan semua perhubungan mereka dengan dunia serta mengemukakan perhatian mereka sepenuhnya kepada Allah Ta’ala dengan sepenuh hakikatnya, iaitu dengan seseorang itu memutuskan perhatiannya daripada isterinya, anak-pinaknya dan harta kekayaannya serta daripada ilmu pengetahuan, lalu duduk bersendirian di suatu sudut, membuat semua yang fardhu dan sunnat, dan tidak disibukkan fikirannya dengan membaca Al-Quran, dan tidak memerhatikan keadaan dirinya, tidak mencatit Hadis atau sebagainya, kecuali menetapkan diri atas ucapan `Allah! Allah! Allah!' sehingga dia sampai kepada suatu ehwal yang meninggalkan menggerakkan lisan, kemudian memadamkan dari hatinya gambaran lafaznya.
Berkata penulis:
Sungguh sayang sekali kata-kata serupa ini boleh keluar daripada seorang ahli Fiqh, yang tidak pula menundukkan buruknya bicara itu. Sebab kata-kata itu sebenarnya menggalakkan untuk melipat hamparan syariat yang menganjurkan untuk memperbanyak membaca Al-Quran dan menuntut ilmu.
Namun begitu, aku melihat ramai juga orang yang berdiri di atas mazhab ini dari kaum yang termulia dari ulama yang di banyak kota-kota, bahawa mereka juga meminati jalan tasawuf ini, tetapi mereka tidak pula meninggalkan bekerja untuk menuntut ilmu pengetahuan lebih dahulu.
Kalau mengikut teori Abu Hamid akan terdedahlah jiwa itu dengan bermacam-macam waswasnya dan pengkhayalannya, dan tidak ada pada jiwa itu ilmu yang dapat menolak semua itu, lalu Iblis pun akan bermaharajalela melemparkan belitannya, sehingga digambarkan waswas itu sama dengan bicara ilham dan munajat.
Memang kami juga tidak mengingkari, bahwa jika hati itu suci bersih, nescaya akan terasaklah ke dalamnya cahaya-cahaya petunjuk Allah, lalu si tuan punya hati itu akan memandang dengan cahaya Allah, tetapi haruslah terlebih dahulu dapat dibersihkannya dengan kekuatan ilmu, bukan dengan hal-hal yang bertentangan dengan ilmu itu.
Sebab melaparkan diri secara keterlaluan itu, menyengkang mata dalam peribadatan dan menghilangkan masa dalam angan-angan adalah hal-hal yang dilarang oleh syariat, dan tentu sekali tidak akan dapat faedah daripada pembawa syariat itu sesuatu yang dinisbahkan kepada apa yang dilarangnya, sama seperti tidak dibolehkan rukhsah, atau keringanan dalam pelayaran yang dilarang oleh syarak.
Kemudian memang tidak ada pertentangan antara ilmu dengan riyadhah, yakni menundukkan diri ke jalan Allah, bahkan ilmu itu membimbing kepada cara-cara beriyadhah dan membantu membetulkannya.
Akan tetapi syaitan telah membelit setengah kaum sehingga berjaya untuk menjauhkan mereka daripada ilmu pengetahuan itu, lalu mereka menceburkan ke dalam riyadhah dengan sesuatu yang dilarang oleh ilmu, sedang ilmu itu jauh dan perjalanan mereka itu.
Ada kalanya mereka melakukan perbuatan yang terlarang dalam syariat, dan ada kalanya mereka mengutamakan yang selainnya lebih utama dari apa yang mereka lakukan itu. Sepatutnya yang boleh menentukan semua itu ialah ilmu, padahal mereka telah meninggalkannya, dan kami berlindung din daripada kehinaan ini.
Telah memberitahuku Ibnul Nashir, daripada Abu Ali bin Al-Banna, katanya:
Ada seorang lelaki di pasar Silah yang mengatakan, bahwa Al-Quran itu hijab, dan Rasul itu pun hijab, tiada lagi dengan kami selain hamba dan Tuhan saja. Maka ramailah orang yang terfitnah dengan perjalanan orang ini, lalu mereka pun meninggalkan ibadat, sehingga apabila ketara perkaranya, dia pun lari menyembunyikan din kerana takut dibunuh orang.
Berkata Dhirar bin Amru:
Sesungguhnya ada suatu kaum yang meninggalkan ilmu pengetahuan dan tidak suka duduk bersama-sama dengan orang-orang ahli ilmu, lalu mereka menetap di mihrab masjid dengan bershalat dan berpuasa, sehingga kering kulit mereka melekat pada tulangnya disebabkan mereka tidak mahu mengikut sunnah Nabi saw. maka dengan sebab itu mereka pun binasa.
Demi Allah, yang tiada Tuhan selain Dia, tiada seseorang beramal sedang dia berada di atas kejahilan, melainkan akan terjadi apa yang merosakkannya lebih banyak daripada apa yang memperbaikinya.
Kritik perjalanan Sufi yang meninggalkan bekerja dengan ilmu
Kebanyakan kaum Sufi membezakan antara syariat dan hakikat, dan ini adalah suatu kejahilan dari pengatanya, sebab syariat itu adalah kesemuanya hakikat.
Tetapi jika mereka maksudkan yang demikian itu sebagai rukhshah (kelonggaran) dan azimah (keazaman), maka kedua-duanya juga terkira syariat. Hal ini juga telah diingkari oleh sekumpulan orang yang terdahulu dari mereka dalam hal membelakangi tentang yang zahir dari syarak.
Dan diberitakan bahwa Abul Hasan bin Salim pernah mengatakan: Telah datang seorang lelaki kepada Sahel bin Abdullah dan di tangannya ada pena dan buku, lalu dia berkata kepada Sahel:
Aku datang ke mari untuk menulis sesuatu yang dapat mendatangkan manfaat kepadaku.
Dia pun menjawab:
Tulislah, jika engkau mampu menemui Allah dan di tanganmu ada pena dan buku, maka cubalah!
Kata orang itu pula:
Hai Abu Muhammad! Berikanlah aku suatu faedah!
Jawabnya:
Dunia ini semua bodoh kecuali apa yang ada padanya ilmu. Dan ilmu semuanya hujjah, kecuali apa yang dibuat dengan amalan. Dan amalan semuanya tergantung, kecuali apa yang daripadanya berdiri atas Al-Quran dan Sunnah, dan Sunnah pula berdiri di atas taqwa.
Dan berkata lagi Sahel bin Abdullah:
Peliharalah yang hitam di atas yang putih, dan tiada seorang yang meninggalkan yang zahir melainkan dia menjadi zindik.
Dan daripada Sahel bin Abdullah lagi:
Tiada suatu jalan yang menuju kepada Allah yang lebih utama daripada ilmu. Jika engkau memesongkan diri dari jalan ilmu itu hanya selangkah saja, niscaya engkau akan hanyut di dalam kegelapan selama empat puluh pagi.
Berkata Abu Bakar Ad-Daqqaq:
Aku pernah dengar Abu Said Al-Kharraz mengatakan:
Setiap yang batin bertentangan dengan yang zahir, maka dia itu batil, yakni tertolak.
Dan daripada Abu Bakar Ad-Dagqaq lagi:
Pernah aku melalui di padang pasir tempat buangan kaum Bani Israel, lalu terlintas di dalam hatiku, bahwa ilmu hakikat itu bertentangan dengan syariat, maka terdengar olehku suatu suara di bawah sebuah pohon yang mengatakan, bahwa setiap hakikat yang tidak diikuti oleh syariat, maka dia itu adalah kufur.
Berkata penulis:
Imam Abu Hamid Al-Ghazali telah mengingatkan kita di dalam kitab Al-Ihya', katanya:
Sesiapa yang mengatakan bahwa hakikat itu bertentangan dengan syariat, ataupun yang batin bertentangan dengan yang zahir, maka dia kepada kufur lebih dekat daripada hakikat.
Kata penulis:
Semua ini adalah pendapat yang buruk, kerana syariat itu diletakkan Allah untuk maslahat semua makhluk dalam hal-hal peribadatan mereka. Jadi hakikat yang ditujuinya itu tiada lain daripada sesuatu yang hidup dari yang dilemparkan syaitan ke dalam diri mereka, dan siapa yang mencari hakikat di luar syariat, maka dia adalah manusia yang terpedaya dan tertipu.'
Belitan Iblis terhadap kaum Sufi yang mengingkari menuntut ilmu
Berkata penulis:
Apabila kaum sufi ini terpecah antara yang malas untuk menuntut ilmu dengan yang menduga bahwa ilmu itu ialah apa yang meresap di dalam batin dari hasil beramal ibadat, dan mereka namakan ilmu itu, iaitu ilmu batin, dan kerana itu pula mereka mencegah pengikutnya daripada mempelajari ilmu zahir.
Berkata Ja'far Al-Khuldi:
Sekali peristiwa aku datang kepada Abbas Ad-Dauri, dan ketika itu aku masih kecil lagi, lalu aku menulis apa yang aku dengar dalam majlis taklimnya. Kemudian, apabila aku keluar, aku telah ditemui oleh orang-orang yang mendengar bersama-samaku dari kaum sufi itu, lalu dia bertanya:
Apa yang engkau tulis tadi itu?
Aku pun menunjukkan kertas itu kepadanya. Maka dengan tiba-tiba mereka menjadi marah dan berkata:
Engkau tinggalkan ilmu dalam hati, dan engkau bergantung kepada ilmu dalam kertas.
Mereka lalu mengoyak-ngoyakkan kertas itu.
Hal itu sungguh mengecewakan hatiku, dan aku pun tidak pergi mendengar di majlis taklim Abbas itu lagi.
Berkata penulis:
Penentangan yang terbesar sekali terhadap Allah azzawajalla ialah mencegah manusia dari jalan Allah, dan sejelas jelas jalan kepada Allah itu ialah menuntut ilmu, kerana ilmu itu adalah petunjuk kepada pengenalan Allah dan syariat Allah, tetapi yang sungguh menyesalkan orang yang menegah orang menuntut ilmu itu tidak sedarkan apa yang dibuatnya.
Berkata Abdullah bin Khafif:
Bersungguh-sungguhlah dalam menuntut ilmu pengetahuan itu, dan jangan perdulikan tegahan kaum sufi itu. Aku dahulu pernah menyembunyikan alat tulis dan kertas dalam pakaianku, dan aku datang ke majlis ilmu, dan jika mereka tahu aku ada membawa sesuatu, mereka memarahiku, dan mereka katakan:
Engkau takkan berjaya! Kemudian ada masanya, mereka memerlukan kepadaku mengenai sesuatu.
Berkata Imam Ahmad bin Hanbal ketika dia lihat dakwat dan pena yang dibawa oleh penuntut ilmu:
Ini semua adalah lampu-lampu Islam!
Bahkan dia sendiri selalu kelihatan membawa alat-alat tulis itu bersamanya, meskipun usianya sudah terlalu tua. Lalu ada orang yang mengatakan kepadanya:
Hai bapaknya Abdullah! Sampai bilakah engkau terus membawa pena dan dakwat ini?!
Jawabnya:
Sampai masuk ke dalam kubur.
Mengenai sabda Rasulullah saw yang berikut:
Segolongan dari ummatku akan terus terbantu, tidak akan membahayakan mereka sesiapa yang menghinakan mereka sehinggalah datangnya hari kiamat!
Maka Imam Ahmad memberikan komentarnya:
Orang-orang ini, kalau bukan dari para ahli Hadis, aku tidak tahu siapa lagi selain mereka.
Dalam katanya yang lain:
Kalau bukanlah mereka dari kumpulan ahli Hadis yang tokoh-tokoh, maka siapa lagi?!
Apabila disampaikan kepada mereka:
Ada seorang yang mencerca kaum ahli Hadis itu, dan dikatakannya mereka itu adalah kaum yang jahat!
Maka disampuk oleh Imam Ahmad:
Orang yang mengatakan begitu ialah seorang yang zindik.
Dan berkata Imam Syafi'i rahimahullahu-ta'ala:
Apabila aku melihat seorang dari kumpulan ahli Hadis, maka seolah-olahnya aku melihat seorang dari kumpulan sahabat Rasulullah saw.
Dan berkata Yusuf bin Asbath pula:
Dengan para penuntut ahli Hadis itu, Allah Ta’ala menolakkan bala bencana dari muka dunia ini.
[+/-] |
Kekeliruan Kaum Sufi |
Kekeliruan Kaum Sufi
Kitab Talbis Iblis
Ibnul Qayyim
Yang menyeludup sebagai kaum sufi dari kumpulan yang serba boleh
Ada sekumpulan manusia yang menyeludup ke dalam kumpulan kaum sufi dari golongan yang serba boleh, mereka menyerupai kaum sufi kerana mengelakkan diri dari ditangkap dan dibunuh orang. Mereka ini terbagi kepada tiga bahagian:
Pertama:
Mereka dikira kafir, sebab mereka sebagai suatu kaum yang tidak mengakui Allah Ta'ala sebagai Tuhan. Ada juga yang mengakui Allah sebagai Tuhan, tetapi mereka mengingkari kenabian dan menganggap apa yang dibawa oleh para Nabi itu suatu hal yang mustahil. Mereka ini kerana hendak memenuhi kesenangan dari tuntutan hawa nafsu mereka, tidak ternampak oleh mereka suatu jalan yang dapat menyelamatkan darah mereka dari dialirkan, ataupun tiada suatu tempat yang dapat mereka berlindung di dalamnya untuk menyampaikan segala cita-cita nafsu mereka, seperti mazhab tasawuf Mereka lalu mendampingkan diri ke dalamnya secara zahir, namun dalam batinnya mereka adalah kafir. Mereka ini tiada harus diberikan selain pedang yang menebas kepala mereka, moga-moga Allah melaknati mereka.
Kedua:
Sekumpulan dari kaum ini mengakui Islam, tetapi mereka ini meniru guru-guru mereka dalam segala perbuatannya tanpa perlu dalil lagi atau tanpa teragak-agak lagi. Mereka membuat buta tuli segala apa yang disuruh mereka membuatnya dan meniru semua yang dibuat oleh guru mereka pula.
Ketiga:
Satu kumpulan lagi terdedah kepada bermacam-macam kesyubhatan yang sangat mengelirukan, namun begitu mereka turut melakukannya tanpa banyak cerita lagi.
Sebab yang menarik mereka kepada kesyubhatan ini, iaitu apabila mereka mula melihat kepada mazhab-mazhab yang lain, datang Iblis membawa belitannya, lalu dinampakkan kepada mereka bahawa kesyubhatan itu bertentangan dengan hujjah-hujjah, dan untuk membezakan semua itu adalah sangat sukar sekali, dan bahawa untuk menyampaikan kepada tujuan tidak mungkin dicapai dengan hanya menuntut ilmu semata, bahkan pencapaiannya dengan semacam kurnia Tuhan yang diberikan kepada seseorang hamba yang tertentu, bukan melalui jalan menuntut ilmu.
Dengan itu tertutuplah jalan yang dapat menyelamatkan, iaitu dengan menuntut ilmu, yang sesudah itu mereka terkenal antara kaum yang sangat membenci menuntut ilmu, seperti kaum Rafidhi yang membenci Abu Bakar dan Umar.
Hujjah yang mereka kemukakan, iaitu ilmu itu adalah hijab, dan para ulama terhijab dari tujuan atau maksud yang dituju oleh ilmu yang dituntutnya. Maka apabila ternyata ada seorang alim yang mengingkari perbuatan mereka itu, dikatakan kepada para pengikutnya, bahawa si alim ini bersetuju dengan kita secara batin, namun dia menentang kita terhadap apa yang kita akui itu secara lahir semata, kerana dia masih tergolong orang-orang awam yang lemah fahaman dan fikirannya. Tetapi, apabila dilihat penentangan si alim itu semakin kuat dan berkesan sekali, lalu mereka mengubah dakwaan mereka dengan berkata: Ini orang bodoh yang terikat dengan tuntutan-tuntutan syariat sehingga ia terhijab daripada maksud yang ditujui itu. Kemudian, mereka cuba menonjolkan bermacam-macam kekeliruan dalam isu yang dipertelingkahkan itu.
Sayang sekali, jika mereka memang orang pintar, tentulah mereka akan tahu apa yang mereka dedahkan dari berbagai-bagai kekeliruan itu termasuk ilmu juga. Dengan itu batallah pengingkaran mereka terhadap orang yang menuntut ilmu.
Berikut, saya akan sebutkan kekeliruan-kekeliruan mereka dan saya akan dedahkannya satu persatu, Insya Allah, dan semua itu adalah enam kekeliruan:
Kekeliruan 1:
Bahwa mereka mengatakan, iaitu semua perkara itu sudah ditentukan di dalam ilmu Allah yang qadim, dan bahwasanya kerana itu adalah setengah kaum ditentukan mendapat kebahagiaan, dan setengah yang lain mendapat kecelakaan.
Tegasnya orang yang bahagia tidak berubah menjadi celaka, demikian pula orang yang celaka tidak berubah menjadi bahagia, dan bahawa semua amalan itu tidak dimaksudkan dengan zatnya semata, bahkan untuk memperoleh kebahagiaan dan menolak kecelakaan, padahal takdir sudah menentukan semua amalan kita. Jadi tidak ada perlunya kita menyusahkan diri kita untuk beramal lagi, sama seperti tidak perlunya kita menahannya dari segala macam keenakan yang dicarikannya, kerana semua itu telah termaktub, yakni tercatit di dalam takdir dan pasti akan berlaku dan tidak dapat dielakkan lagi.
Jawaban terhadap kekeliruan ini, mestilah dikatakan, bahawa konsep ini jelaslah menolak semua syariat serta membatalkan semua hukum-hukum yang terdapat di dalam Kitab-kitab Allah, juga mengalahkan para Nabi dan menghapuskan segala yang dibawa oleh mereka dari ajaran Allah Ta’ala.
Sebab bila kita baca di dalam Al-Quran `hendaklah kamu mendirikan shalat!’ orang ini lalu akan berkata:
Buat apa aku mendirikan shalat lagi, kalau aku sudah tercatit dalam takdir sebagai seorang yang bahagia, tentulah kesudahanku menuju kepada kebahagiaan, dan jika aku tercatit sebagai orang yang celaka, maka kesudahanku pula kepada kecelakaan, maka apa gunanya aku mendirikan shalat lagi?!
Begitu pula bila dibacakan `dan janganlah kamu mendekati zina!’ orang ini akan mengatakan,
Kenapa mesti aku menahan diriku dari kelazatannya! Bukankah kebahagiaan dan kecelakaan itu suatu perkara yang sudah ditakdirkan, dan dia sudah selesai perkaranya.'
Serupa itu juga boleh dikatakan Fir'aun kepada Musa, ketika Musa mengatakan kepadanya: Mahukah engkau, supaya engkau bersih dari segala dosa?! Dia akan mengatakan: Buat apa? Dan seterus nya, maka terpaksalah pula Musa bermunajat kepada Tuhannya dengan berkata: Apa faedahnya Engkau mengutusku sebagai Rasul, padahal segala sesuatu sudah Engkau tentukan, duhai Tuhan?!
Sebab itu segala alasan untuk menolak Kitab-kitab Allah, dan membodohkan para Rasul Allah itu adalah mustahil dan batil, yakni tertolak. Dan kerana itu pula, maka Rasulullah s. a. w. telah membetulkan para sahabatnya ketika mereka mengatakan kepada beliau:
Apakah mesti kami bertawakkal saja?!
Maka kata Rasulullah saw.
Berusahalah! Dan setiap kamu akan dipermudahkan untuk beramal buat dirinya!
Ketahuilah, bahwa manusia itu diberi Allah suatu `usaha kecil', yang diartikan dengan pilihannya sendiri, di mana kerana itulah dia memperoleh pahala dan mendapat siksa. Apabila dia membuat salah, ternyatalah bagi kita bahwa Allah azzawajalla telah menentukan di dalam takdir Nya yang terdahulu bahwa dia akan membuat salah itu, dan bahwa Allah akan menyiksa orang itu terhadap perbuatan salahnya, bukan disebabkan ketakdiran Nya.
Sebab itu pula, si pembunuh itu mesti dibunuh, dan tidak pula dibuatkan baginya alasan yang hal itu dilakukan kerana takdirnya sudah begitu. Tetapi Rasulullah saw menarik pandangan kita daripada menyalahkan takdir kepada menyalahkan perbuatan orang yang membuat kesalahan itu, kerana perintah dan larangan itu adalah perkara yang jelas, sedang yang ditakdirkan Allah itu adalah perkara batin yang tiada siapa pun yang tahu.
Lantaran itu tidak wajarlah kita meninggalkan apa yang sudah kita mengetahuinya berupa Taklif (tanggungan diri) kepada apa yang kita tiada mengetahuinya dari hal-hal yang bakal ditakdirkan Tuhan. Dan kata Nabi s. a. w. dan setiap orang dipermudahkan kepada apa yang dia diciptakan kerananya!' jelas menunjukkan kepada sebab musabbab takdir itu.
Maka siapa yang ditakdirkan Allah baginya untuk menuntut ilmu, dipermudahkan baginya untuk menuntut ilmu itu serta mencintainya dan mendapat kefahaman daripadanya. Dan siapa yang ditentukan baginya menjadi jahil dan bodoh, diangkatkan dari hatinya sukakan ilmu.
Begitu pula, siapa yang ditentukan akan memperoleh anak, dipermudahkan baginya untuk berkahwin, dan siapa yang tidak ditentukan baginya untuk mendapat anak, tidaklah dipermudahkan baginya.
Kekeliruan 2:
Bahwa mereka mengatakan yang Allah azzawajalla itu tidak perlu kepada segala amalan kita, bahkan Allah tidak akan terjejas apa pun dengan maksiat kita atau ketaatan kita, maka apa gunanya kita menyusahkan diri tanpa ada apa faedah pun?
Jawaban terhadap kekeliruan ini pula, kita katakan pertama-tama seperti jawaban kita yang di atas, iaitu idea ini jelas ditujukan untuk menolak syariat terhadap apa yang diperintahkan olehnya.
Ucapan ini sama seperti kita katakan kepada Tuhan dan Rasul, bahwa tiada faedah apa pun yang disuruhkan kepada kita. Kemudian barulah kita membicarakan dari hal kekeliruan itu pula, dan kita katakan: Siapa mendakwa bahwa Allah azzawajalla mendapat manfaat daripada ketaatan, dan terbahaya dengan kemaksiatan, ataupun Dia akan mendapat sesuatu keuntungan dari amalan manusia itu, maka orang ini masih belum mengenali Allah Ta’ala. Sebab Allah itu tersisih DzatNya daripada menginginkan benda dan tujuan, atau dibekaskan oleh manfaat atau mudharat, akan tetapi kesemua amalan manusia itu kembali manfaat atau mudharatnya kepada dirinya sendiri, sesuai dengan Firman Allah Ta’ala:
"Siapa yang bermujahadah (menentang tuntutan diri), maka mujahadahnya untuk dirinya sendiri.” Al-Ankabut: 6
Dan Firman Nya:
"Siapa yang membersihkan kembali kepada dirinya sendiri." Fathir: 18
Umpamanya, seperti seorang tabib menyuruh pesakitnya supaya berpantang, maka kebaikan berpantang itu kembali faedahnya kepada si pesakit, bukan si tabib. Dan sebagaimana tubuh badan itu ada maslahatnya dari makanan dan ada mudharatnya, demikian pula bagi jiwa atau diri ada maslahatnya pula dari segi ilmu dan jahil, iktikad (kepercayaan) dan amalan.
Tegasnya pembawa syariat itu persis sama dengan tabib, dia lebih tahu dari hal apa yang disuruhnya tentang kemaslahatan pesakitnya. Inilah mazhab orang yang mahu meminta illat (alasan). Namun kebanyakan dari para ulama mengatakan, bahwa tindakan Tuhan itu tidak boleh diillatkan, atau dibuat alasannya.
Dan jawaban yang lain lagi, bahwa jika Allah Ta’ala itu tidak memerlukan semua amalan kita, Dia juga tidak memerlukan pengenalan kita kepada Nya, namun begitu Dia tetap mewajibkan kita untuk mengenali Nya, seperti mana Dia mewajibkan kita untuk mentaati Nya. Jadi, wajarlah kita memerhatikan kepada perintah Nya, bukan kepada tujuan dan maslahat perintah itu.
Kekeliruan 3:
Mereka mengatakan, bahwa jika sudah sabit dan nyata akan luasnya rahmat Allah Ta’ala itu, tentu sekali rahmat itu tidak akan menjadi lemah untuk sampai kepada kita, dan tidak ada jalan untuk menghalangi kita dari maksudnya?!
Jawabannya samalah juga dengan jawaban yang pertama, iaitu dakwaan itu mengandungi tujuan untuk menghumban segala apa yang dibawa oleh para Rasul berupa ancaman Allah serta meringan kan apa yang ditekankan beratnya peringatan Allah Ta’ala dalam perkara itu dari siksa yang dijanjikanNya.
Dan yang dapat mendedahkan belitan Iblis dalam permasalahan ini, kita katakan bahwa Allah azzawajalla, sebagaimana mensifatkan Dzat Nya dengan Maha Perahmat, juga mensifatkan Dzat Nya dengan sangat berat siksaan Nya.
Kemudian, kita lihat para Nabi dan para Wali ditimpa bala penyakit dan kelaparan, dan diperhitungkan yang kecil dan yang besar dari ketelanjuran mereka, dan apa lagi hendak dikatakan padahal orang yang sudah tentu-tentu terbukti akan selamat masih terus takut dan bimbang terhadap balasan Allah.
Cuba lihat Nabi Allah Ibrahim a. s. mengatakan di hari kiamat `Nafsi... Nafsi! (Diriku....diriku!), dan Nabi Musa as. yang berpangkat Kalimullah turut mengatakan nanti `Nafsi... Nafsi!’ Dan lihat pula apa kata Saiyidina Umar bin Al-Khattab r.a. pula: Celaka bagi Umar, jika dia tidak diampunkan Tuhan nanti!
Ketahuilah, siapa yang mengharapkan rahmat Allah, mestilah dia membuat sesuatu untuk terliput ke dalam sebab-musabbabnya. Dan di antara sebab-musabbab rahmat, iaitu bertaubat dari segala ketelanjuran, sama seperti orang yang inginkan menuai hasil tanaman, mestilah dia bercucuk tanam terlebih dahulu. Dan sebagai buktinya, Allah Ta’ala telah berfirman di dalam Al-Quran:
"Sesungquhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berserah serta berjihad pada jalan Allah, mereka itulah oranq-oranq yang mengharapkan rahmat Allah.” Al-Anfal: 72
Yakni, orang-orang yang serupa inilah bertepatan sekali dengan sifat Raja', yakni harapan.
Adapun orang-orang yang terus-menerus melakukan dosa, kemudian mengharapkan rahmat Tuhan, maka harapan mereka itu adalah jauh sekali, sesuai dengan sabda Rasulullah s. a. w.
"Orang yang pintar itu, ialah siapa yang menghutangi dirinya dan membuat sesuatu untuk kebaikan sesudah mati. Sedanq orang yang malas ialah siapa yang menurutkan kehendak diri menurut hawa nafsunya, lalu bercita-cita kosonq terhadap Allah."
Telah berkata Ma'ruf Al-Karkhi rahimahullah-ta'ala:
Harapanmu akan rahmat siapa yang engkau tiada mentaatinya adalah suatu sesia dan bodoh!
Ketahuilah, bahwasanya tiada suatu perbuatan pun yang datang daripada Allah Ta’ala yang dapat mengamankan kita dari siksaan Nya. Cuma pada perbuatan Nya ada yang dapat menghalang sifat putus asa daripada rahmat Nya saja. Maka sebagaimana tidak dikira baik berputus asa terhadap apa yang diperlihatkan kelembutan Nya pada makhluk Nya, begitu pula tidak dikira balk mencita-citakan terhindarnya sesuatu dari balasan Nya dan siksaan Nya. Sebab Tuhan yang menyuruh memotong semulia-mulia anggota (iaitu tangan bila mencuri) dengan seperempat dinar, tidak mudah diamankan dari penyiksaan Nya besok (di akhirat) begitu saja.
Kekeliruan 4:
Bahwa ada suatu kumpulan dari kaum ini yang membekas di dalam diri mereka, bahwa meriadhahkan diri (mendidik diri) itu dengan membersihkannya dari segala rupa kekeruhan buruk yang melekat padanya.
Apabila mereka meriyadhahkannya suatu masa, kemudian mereka dapati yang diri itu sukar untuk terus menjadi bersih, lalu mereka pun mengatakan:
Buat apa kita menyusahkan diri kita untuk membuat sesuatu yang tidak akan terhasil pada diri manusia dan mereka pun terus meninggalkan riyadhah itu sama sekali.
Pendedahan belitan ini, sebabnya iaitu mereka menyangka yang termaksud dari riyadhah ini ialah menahan tabiat yang ada di dalam batin manusia daripada sifat-sifat kemanusiaan, seperti meniadakan syahwat dan sifat marah dan seumpamanya.
Yang betulnya, bukan inilah yang dituntut oleh syarak, dan memang tidak mungkin melenyapkan apa yang sudah tersimpul dalam tabiat manusia dengan riyadhah itu. Sebab syahwat itu dilengkapkan pada diri manusia ada faedahnya, sebab kalaulah tidak ada syahwat keinginan makan niscaya akan binasalah manusia itu. Dan kalaulah tidak ada syahwat berkahwin, tentulah keturunan itu akan terputus. Dan kalaulah tidak kerana sifat marah, tentulah tidak dapat manusia mempertahankan dirinya dari apa yang bakal membahayakannya. Demikian pula kecintaan pada harta kekayaan itu memang sudah terbentuk di dalam tabiat manusia, kerana yang demikian itu akan menyampaikannya kepada pengecapan syahwatnya.
Yang dimaksudkan daripada riyadhah itu ialah membendung diri daripada apa yang bakal membahayakan diri yang menempuh syahwat itu dan menariknya kepada sikap pertengahan.
Allah Ta’ala telah memuji orang yang membendung dirinya daripada hawa nafsunya, sehingga dia mencapai apa yang diperlukannya ke batas pertengahannya. Kalaulah tuntutannya telah sama sekali lenyap dari tabiatnya, tentulah tidak perlu lagi untuk melarang manusia supaya membendung hawa nafsunya. Allah s. w. t. telah berfirman:
"... dan mereka yang menahan kemarahannya.” Ali Imran: 134
Dan Allah Ta’ala tidak mengatakan
`dan mereka yang lenyap kemarahannya!'
Jadi Allah Ta’ala telah memuji orang yang dapat mengendalikan dirinya dari berbuat sesuatu hanya menurutkan penggelegakan marahnya. Barangsiapa yang mendakwa bahwa riyadhah itu untuk menukar tabiat manusia, maka sebenarnya dia telah mendakwa sesuatu yang mustahil.
Tetapi maksud daripada riyadhah itu mematahkan kegelojohan syahwat nafsu yang ada di dalam diri manusia, dan mematahkan penggelegakan marah dan bukan pokok kemarahan itu sendiri.
Tegasnya, orang yang beriyadhah itu sama seperti tabib yang berakal waras ketika menghadapi makanan, dia akan mengambil apa yang cocok dengan dirinya dan menahan daripada apa yang membahayakannya. Orang yang sama sekali tidak kenal riyadhah pada dirinya samalah seperti seorang anak kecil yang masih bodoh, dia makan apa yang ia mahu, dan tidak perduli apa yang dia lakukan.
Kekeliruan 5:
Ada sekumpulan dari kaum ini yang sudah lama membiasakan riyadhah, sehingga mereka menyangka bahwa diri mereka telah menjadi seperti mutiara. Maka mereka pun mengatakan, bahwa kami sekarang tidak perduli apa yang kami lakukan, sedang perintah dan larangan itu hanyalah sebagai patokan bagi orang-orang awam.
Nanti apabila mereka sampai ke puncak mutiara, akan gugurlah pula semua kewajiban itu. Mereka mendakwa, bahwa pokok kenabian itu kembali kepada kebijaksanaan dan kemaslahatan, dan yang dimaksudkan daripadanya ialah mengongkong orang awam, dan kita bukanlah dari kategori orang awam, sehingga kita patut dikira termasuk kumpulan orang yang menanggung taklif lagi, kerana kita sudah mencapai tingkat mutiara dan kita telah tahu maksud daripada kebijaksanaan.
Mereka ini telah berpendapat juga, bahwa bekas dari pencapaian mereka ke tingkat yang tinggi ini, terhapusnya perasaan cemburu dan marah dari sifat mereka, sehingga mereka mengatakan pula: Bahwa tingkat kesempurnaan diri itu ialah sampai siapa yang sanggup melihat isteri sendiri bersamaan dengan seorang asing, namun dia tetap tenang, tidak gentar dan terusik hatinya.
Maka jika dia masih terusik hatinya berarti dia masih berpaling kepada kepentingan diri sendiri, dan belum sempurna lagi. Sebab jika dia telah sempurna, niscaya matilah jiwanya. Tegasnya, mereka telah menamakan cemburu itu sebagai kepentingan diri, dan menamakan lenyapnya marah dari perasaan yang biasanya disifati oleh orang-orang yang tidak punya malu dan marwah sebagai kesempurnaan iman.
Ibnu Jarir Ath-Thabari di dalam kitab sejarahnya telah menyebut kaum Riwandiyah, yang sering menghalalkan larangan-larangan Allah, sehingga seorang lelaki di antara mereka mengundang ramai orang ke rumahnya, dijamukan mereka dengan makan minum, kemudian dibiarkan mereka bersatu dengan isterinya.
Dan pendedahan kekeliruan ini, kita katakan, selama tubuh badan itu masih berdiri, tiada jalan untuk meninggalkan semua lambang perintah yang zahir dari peribadatan itu, kerana semua perintah itu diletakkan untuk kemaslahatan manusia, yang mesti ditunaikannya.
Memang ada katanya kesucian hati itu dapat mengatasi kekeruhan tabiat, akan tetapi pada kebiasaannya kekeruhan itu menurun dengan berkekalannya membuat kebaikan, lalu berkumpul.
Maka sekecil-kecil benda yang jatuh ke dalamnya akan menggerakkannya, seperti jatuhnya seketul tanah ke dalam air yang di bawahnya ada lumpur. Jadi umpama tabiat itu adalah seperti air yang melayarkan perahu jiwa, sedang akal sebagai pengemudinya. Seandainya sang pengemudi membawanya hingga sampai dua puluh farsakh jauhnya, kemudian dibiarkannya sendiri pula, niscaya perahu itu akan hanyut kembali tidak tentu arahnya.
Jadi, sesiapa yang mendakwa bahwa tabiatnya sudah berubah dari tabiat manusia yang lain, dia telah berdusta. Dan sesiapa yang mendakwa bahwa dia melihat kepada yang cantik molek tanpa naik nafsunya, dia tidak boleh dipercayai.
Bagaimana tidak, cuba kalau dia dikurangkan satu suap dari makanan, atau kalau dicaci maki orang, tentulah mukanya akan berubah. Di mana kesannya akal, bila dia dipimpin oleh hawa nafsu?!
Kita pernah melihat beberapa kaum dari mereka yang bersalaman dengan kaum wanita, padahal Rasulullah s. a. w. yang sudah tetap ma `shum (terpelihara dari dosa), masih tetap enggan bersalaman dengan wanita. Ada pula berita yang mengatakan bahwa setengah mereka mempersaudarakan dirinya dengan kaum wanita, lalu duduk-duduk bersendirian dengan wanita itu, kemudian mereka mendakwa diri terselamat dari dosa dan tidak sampai melakukan perbuatan keji. Alangkah jauh panggang dari api!
Di mana boleh terselamat daripada dosa duduk-duduk bersendirian yang diharamkan, dan dari memandang wajah satu dengan yang lain. Di mana boleh terlepas dari khayalan yang buruk terus menggoda pemikiran?!
Umar bin Al-Khattab r. a. pernah berkata:
Jika dua batang tulang yang hancur lumat duduk bersendirian, niscaya yang satu akan menangkup kepada yang lain. Maksudnya dua orang yang sudah tua lelaki dan perempuan.
Dan dengan sanad daripada Ibnu Syahin, katanya:
Di antara kaum Sufi ini ada yang membolehkan memperkosa kemaluan wanita dengan alasan akuan persaudaraan. Maka berkatalah seorang di antara kaum sufi itu kepada si wanita tadi:
Engkau mesti mempersaudarakan dirimu kepadaku dengan tidak boleh membangkang apa yang berlaku di antara kita bersama!
Diriwayatkan kepada kita Abu Abdullah Muhammad bin All At-Termidzi di dalam Kitabnya `Riyadhalh An-Nufus', katanya, telah diriwayatkan kepada kami, bahwa Sahel bin All Al-Mirwazi pernah mengatakan kepada isteri saudaranya, dan dia sedang menetap bersama-samanya serumah:
Tutuplah dirimu kepadaku beberapa waktu!
Kemudian sesudah itu, dia berkata pula:
Buatlah apa yang engkau suka!
Berkata At-Termidzi:
Yang demikian itu setelah lenyap syahwatnya.
Aku katakan:
Matinya syahwat itu sama sekali tidak tergambar dalam kehidupan anak Adam, tetapi mungkin syahwatnya menurun dan lemah. Tetapi ada orang yang mungkin syahwatnya lemah ketika berjimak, tetapi bila meraba dan memandang nafsunya tetap mengingini. Kemudian bolehlah ditakdirkan bahwa semua itu sudah tidak ada lagi pada orang itu, akan tetapi bukankah syarak itu tetap melarang manusia memandang kepada yang haram, dan hukum pengharamannya itu tetap berterusan dan umum.
Dan telah memberitahuku Nasir dengan sanadnya kepada Abu Abdul Rahman As-Sulami, katanya:
Pernah ada orang mengatakan kepada Abu Nashr An-Nashrabadzi, bahwa setengah orang suka duduk dengan kaum wanita, serta dia mendakwa yang dirinya ma'shum pada pemandangannya itu.
Jawabnya:
Selama tubuh badan itu tertegak, maka perintah dan larangan itu tetap kekal, dan penghalalan serta pengharaman tetap dipersoaljawabkan, dan tiada seorang yang berani membuat kesyubhatan itu kecuali orang yang terdedah dirinya kepada yang diharamkan.
Berkata Abu All Ar-Ruzbari:
Pernah ditanyakan orang dari hal seorang yang menganggap dirinya telah sampai suatu darjat, di mana tidak terkesan lagi baginya akan pertelingkahan ehwal,
maka dia dijawab:
Betul dia telah sampai tetapi ke neraka Saqar.
Dan dengan sanad daripada Al jariri, katanya: Aku pernah mendengar Abul Qasim Al Junaid berkata kepada seorang lelaki yang berbicara mengenai masalah makrifat. Orang itu berkata:
Kaum ahli makrifat dengan Allah, mereka sampai dapat meninggalkan pergerakan dari sebab kebaktian dan pendekatan diri kepada Allah azzawajalla.
Maka dia dijawab oleh Al Junaid:
Ia itu adalah kaum yang berbicara tentang penghapusan amalan, dan dalam pandanganku, ini adalah suatu dosa besar, dan orang yang mencuri dan berzina adalah lebih baik keadaannya daripada orang yang berani mengatakan serupa ini. Dan bahwa kaum Arif Billah mengambil amalan itu daripada Allah, dan kepada Allah pula mereka kembali dengan amalan itu. Kalau aku ditakdirkan akan kekal seribu tahun lagi, niscaya tidak akan aku kurangkan dari amalan-amalan kebaktian itu walau sebesar atom pun, kecuali jika aku dihalangi daripadanya, sebab aku menjadi lebih kuat dalam makrifatku itu dengan kebaktian, dan keadaanku akan menjadi teguh pun dengannya juga.
Dan dengan sanad daripada Abu Muhammad Al-Murta'isy, katanya: Aku telah mendengar Abul Husain An-Nauri berkata:
Sesiapa yang engkau dapati mendakwa ada ehwal dengan Allah Ta’ala yang boleh mengeluarkannya dari batasan ilmu syariat, maka jangan kamu mendekatinya. Dan sesiapa yang engkau mendapatinya mendakwa mempunyai ehwal kebatinan tanpa bukti yang menguatkannya, ataupun disaksikan oleh suatu pemeliharaan diri, maka hendaklah engkau menuduhnya menyalahi agamanya.
Kekeliruan 6:
Ada segolongan manusia yang telah bersungguh-sungguh dalam riyadhah, sehingga melihat ada semacam yang menyerupai keramat atau mimpi-mimpi yang salih, ataupun terbuka fikirannya dengan kata-kata yang indah dan lembut disebabkan berpanjangan dalam pemikiran atau khalwat, lalu mereka mengira dirinya sudah sampai kepada kemuncak tujuan dan berkata:
Kami telah sampai, dan kini tidak ada sesuatu yang dapat membahayakan diri kami! Dan siapa yang sampai ke Ka'bah berhentilah dia dari berjalan lagi! Maka mereka pun mula memutuskan beramal lagi, cuma yang mereka tonjolkan, iaitu memperindahkan diri mereka dengan pakaian jubah yang bertampal-tampalan, kain sajadah, berjoget, dan Al-Wajd (keasyikan batin), dan mereka mengucapkan ibarat-ibarat sufi dalam makrifat, Syauq (kerinduan) dan sebagainya.
Maka jawabnya kepada kaum ini ialah seperti jawaban-jawaban yang sebelumnya.
Berkata Ibnu Aqil:
Ketahuilah, bahwa orang sekarang banyak yang telah menyimpang daripada jalan Allah azzawajalla dan menjauhkan diri daripada ketetapan syarak, lalu tunduk kepada ketetapan yang dibuatnya sendiri.
Ada di antara mereka yang menyembah selain Allah, konon kerana hendak memuliakannya daripada disembahkan kepada Nya ibadat itu, dan mereka menjadikan yang demikian itu sebagai jalan kemuliaan menurut dakwaan mereka.
Ada yang tetap mentauhidkan Tuhan, tetapi menggugurkan ibadat sama sekali, lalu mendakwa bahwa ibadat itu diadakan untuk orang-orang awam saja kerana ketiadaan makrifat bagi orang awam itu, dan ini adalah semacam syirik, padahal tidak mencukupi mengenal Tuhan dengan makrifat semata, tanpa menundukkan diri terhadap kesemua perintah-perintah Nya, sebagaimana yang dilakukan oleh kaum mulhid yang bergantung kepada kebatinan dan kaum sufi yang ekstrim.
Dan dengan sanad daripada Abul Qasim bin Ali bin Muhsin At-Tanukhi, daripada ayahnya, katanya:
Telah memberitahuku sekumpulan dari ahli ilmu, bahwa terdapat di Syiraz, seorang lelaki dikenal dengan nama Ibnu Khafif Al-Bughdadi, seorang tok guru kaum sufi. Ramai orang berkumpul dalam majlisnya dan mendengar kepadanya berbicara dari hal bisikan dan waswas, yang ada katanya sampai beribu-ribu orang yang menghadirinya, dan tok guru sufi ini adalah seorang yang mempunyai fahaman yang mendalam.
Maka dipengaruhilah ramai orang yang lemah iktikadnya kepada kepercayaan mazhabnya itu. Maka pada suatu hari matilah salah seorang dari pengikutnya, sedang si mati itu meninggalkan seorang isteri yang sufi juga.
Lalu berkumpullah kaum wanita sufi dari mazhab ini, yang bilangannya sangat banyak sekali untuk mengingati si mati itu, semuanya kaum wanita tidak bercampur dengan selainnya.
Sesudah selesai pengebumian si mati itu, datanglah Ibnu Khafif, tok guru mereka bersama-sama dengan pengikutnya ke rumah itu, dan bilangan mereka juga banyak, dan satu-satu datang kepada isteri si mati itu memberikan takziyahnya dengan ucapan takziyah kaum sufinya, sehinggalah sang isteri itu mengatakan: Sudah cukup, aku Sudah terima takziyah kamu sekalian!
Lalu Ibnu Khafif menyampuk dengan kata-kata yang simbolik, katanya:
Sekarang lain pula!
Jawab si isteri:
Tidak sama?!
Kata Ibnu Khafif pula:
Apa artinya mengekalkan pada jiwa (atau nafsu) bahaya-bahaya dukacita, dan menyiksakannya dengan berbanyak fikiran? Apa artinya kita meninggalkan berkumpul supaya memperoleh cahaya, dan mensucikan roh, dan berlaku pergantian, dan menurun keberkatan?! Maka kumpulkan semua wanita di sini, jika engkau benarkan!
Maka pada ketika itu, bercampur gaulilah kumpulan lelaki dengan kumpulan wanita sepanjang malamnya, dan apabila terbit ufuk pagi, mereka pun masing-masing kembali ke rumah mereka.
Berkata Muhsin At-Tanukhi: Maksud kekata
`Sekarang lain pula!' iaitu: Sekarang kita akan melakukan apa yang menurut mazhab kita.
Jawab wanita itu: `Tidak sama?!' yakni tidak bertentangan.
Dan katanya: `Meninggalkan berkumpul' yang dimaksudkan kata rahasia daripada `berkumpul untuk bersetubuh',
dan kekata `memperoleh cahaya', yakni pada mereka bahwa setiap jisim ada cahaya ketuhanan,
dan kekatanya `berlaku pergantian', yakni pergantian dari siapa yang mati, atau sudah pergi dari suami-suami kamu!
Berkata Mushin lagi:
Perkara ini adalah suatu dosa yang besar, dan kalaulah tidak kerana ramai orang yang memberitahuku serupa itu, dan tidak mungkin kesemuanya berdusta, niscaya tidak berani aku memberitahukan berita semacam ini, kerana terlalu besar perkaranya dalam pandangan agama, dan terjauh kemungkinan berlakunya dalam sesebuah negeri Islam.
Menurut berita lagi, bahwa cerita ini, dan lelain ceritanya lalu tersebar sampai pada telinga rakyat jelata, sehingga beritanya sampai pula kepada Khalifah Adhudut-Daulah, lalu disuruhnya polis menangkap segolongan dari mereka dan disebat dengan cambuk, manakala yang lain terus melarikan diri sehingga lenyaplah kepercayaan yang sungguh buruk ini.
Kritik perjalanan kaum sufi dalam penta'wilannya
Apabila ternyata ceteknya ilmu kaum sufi itu dengan hukum-hakam syarak, sehingga berlaku daripada mereka perbuatan dan pembicaraan yang tidak pantas disebarkan, sebagaimana yang telah kami sebutkan terdahulu dari ini.
Kemudian datang pula suatu kaum yang cuba meniru perjalanan mereka, padahal mereka bukan dari kaum sufi itu sendiri, dan mereka ini juga telah memakai nama apa yang dipakai oleh kaum sufi itu, dan berlaku dari perbuatan mereka sama dengan apa yang berlaku dari kaum sufi itu sebagaimana yang telah kami ceritakan, kemudian hendak mencari seorang yang betul-betul berdiri atas jalan kesufian juga sukar sekali, sehingga ramai dari para ulama yang mencela mereka, dan kemudian mencela seterusnya kepada tok guru mereka.
Dan dengan sanad daripada Abdul Malik bin Ziyad An-Nashibi, katanya:
Pernah aku berada di majlis Imam Malik, lalu aku menyebut tentang hal kaum sufi di negeri kita, dan aku mengatakan:
Mereka itu memakai pakaian yang indah dari buatan negeri Yaman, lalu mereka berbuat begini dan begitu.
Jawab Imam Malik:
Apakah engkau ingat begitukah perilaku orang Islam?!
Kemudian Imam Malik ketawa panjang sehingga tersandar.
Kemudian setengah orang yang berada di situ mengatakan kepadaku: Hei kawan! Aku tidak pernah melihat tuan syaikh kita ketawa panjang, seperti yang aku lihat pada hari ini.
Dan dengan sanad daripada Yunus bin Abdul A'la, katanya aku mendengar Imam Syafi'i berkata:
Kalau seseorang terus bertasawuf dari awal pagi, dan nanti belum sempat ke waktu tengahari melainkan dia telah menjadi bodoh degil.
Dan satu riwayat lagi daripadanya mengatakan:
Tiada seseorang yang melazimkan kesufian hingga empat puluh hari, melainkan akalnya tidak akan kembali kepadanya sama sekali, kemudian Imam Syafi'i pernah merangkai bait syair ini:
Biarkanlah orang yang jika mendatangimu pura-pura beribadat Dan bila bersendirian tak ubahlah dia serigala yang mengganas
Dan dengan sanad daripada Hatim, katanya telah berbicara kepadaku Ahmad bin Abul Hawari, katanya: Telah berkata Abu Sulaiman:
Aku tiada melihat seorang sufi pun dalam kebaikan selain Abdullah bin Marzuq.
Katanya lagi:
Aku sungguh kasihan kepada mereka itu.
Dan dengan sanad daripada Yunus bin Abdul A'la, katanya:
Aku belum lihat seorang sufi yang sempurna akalnya seperti Idris AlKhaulani.
Berkata As-Sulami:
Dia seorang Mesir dari tok guru yang lama sebelum Dzin Nun lagi.
Dari sanad Yunus bin Abdul A'la, katanya:
Aku pernah bersahabat dengan kaum sufi selama tiga puluh tahun, tiada seorang pun yang aku lihat sempurna akalnya kecuali Muslim Al-Khawwas.
Dan daripada Ahmad bin Abul Hawari, katanya telah berbicara kepadaku Waki`, katanya aku mendengar Sufyan berkata, aku mendengar Ashim berkata:
Kita masih menganggap kaum sufi itu kaum yang bodoh, akan tetapi mereka kebanyakannya melindungkan diri dengan nama ahli Hadis.
Berkata Yahya bin Mu'az:
Tinggalkanlah persahabatan dengan tiga golongan manusia, iaitu: Ulama yang lalai, kaum fakir yang menipu, dan kaum sufi yang jahil.
Demikianlah serba ringkas dari kelakuan setengah-setengah kaum sufi yang menyeleweng dari jalan yang benar ini.'